SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Rabu, Ogos 15, 2018

TIPS MENCUCI TINGKAP DAN PINTU KACA




Selamat pagi semua
.
Harinih min nak share sikit tips mencuci tingkap dan pintu kaca.
Mencuci kaca tingkap dan pintu merupakan perkara yang remeh bagi individu yang sibuk dengan rutin harian dan sering di pandang sambil lewa oleh pemilik kediaman . Rutin membersihkan cermin dan pintu ini sebenarnya tidaklah begitu susah dan sepatutnya boleh dilakukan hanya pada hujung minggu, lebih-lebih lagi menyelang hari raya yang bakal menyelang ini. Jadi mari kita ikuti tip di bawah ini
.
 Caranya mudah:
.
 1. Dengan menggunakan vakum atau kain bersih yang lembap, keluarkan kekotoran seperti habuk, daun, sampah atau sarang labah-labah, di bahagian tingkap. Bancuhan air dengan pencuci pakaian mampu menyingkirkan kotoran degil. Elakkan membersihkan tingkap atau pintu kaca di bawah pancaran terus matahari. Kepanasan matahari mengeringkan tingkap dengan pantas dan akan meningggalkan kesan goresan yang tidak elok pada permukaannya. Bancuhkan satu cawan cuka dengan air berukuran suku baldi. Tuangkan bancuhan ke dalam botol penyembur. Kemudian semur pada permukaan kaca dan lap bersih
.
 2. Cara kedua adalah bancuhkan setengah cawan tepung jagung dan dua cawan air. Kemudian lapkan bancuhan ini ke atas permukaan panel tingkap kaca dengan menggunakan span
.
 3. Cara ketiga adalah dengan menggunakan cecair pencuci komersial khas untuk kaca. Semburkan pada permukaan kaca, kemudian lap bersih dengan kertas tuala atau kertas surat khabar yang digumpal untuk mendapatkan efek sinar yang berkesan
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan