Hai salam sejahtera semua.
Harini min nak share something kenapa korang perlu pilih kabinet dapur jenis aluminium ? ok min nak bagitahu korang sekarang jugak.
.
Kabinet dapur antara item yang mampu melengkapkan ruang dapur anda. Kabinet dapur biasanya dipilih berdasarkan material, kos, reka bentuk. Setiap jenis material mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri.
.
1. Kabinet dapur aluminium sememangnya mempunyai ketahanan yang agak lama berbanding kabinet dapur material yang lain seperti kayu, dan MDF.
.
2. Tahan air serta tahan lama. Aluminium tidak seperti material kayu yang mudah mengembang apabila terkena air dan tidak dijaga baik.
.
3. Sekiranya korang memilih kabinet berasaskan aluminium korang boleh mengelak daripada terkena anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet kayu, dimana struktur luar masih elok namun dibahagian dalam sudah lompong dek dimakan anai-anai. Oleh itu berhati-hatilah.
.
4. Tidak akan berkarat kerana aluminium ini bukan dalam kategori material besi yang mudah berkarat.
.
5. Material aluminium ini selamat digunakan buat korang sekeluarga, kediaman dan alam sekitar.
.
6. Jangan korang sangka aluminium hanya mempunyai satu jenis warna. Sebenrnya aluminium mempunyai 100 lebih warna.
.
Diharapkan apa yang min sharekan dapat menjadikan korang mengetahui lebih banyak info yang berguna kepada korang.
·
·
·
·
·
·
Tiada ulasan:
Catat Ulasan