Ruang yang sering menjadi favourite emak atau ibu kita confirmlah dapur. Sebenarnya pemilihan lantai adalah penting bagi memastikan lantai dapur tidak cepat kotor dari tumpahan minyak atau makanan.
.
4 perkara ini yang perlu korang ambil peduli bila ingin memilih lantai khas untuk dapur
.
Harga
Berapa peruntukan yang korang akan keluarkan untuk menukar lantai dapur? Ini perkara yang perlu anda ambil kira. Apabila anda sudah mempunyai bajet, barulah anda mula mengukur keluasan dapur bagi membuat anggaran wang yang akan dikeluarkan. Tetapi harus diingat, akan ada kos tambahan seperti penghantaran, pemasangan dan proses menanggal serta melupus lantai lama.
.
Gaya hidup
Di rumah korang adalah chef jika berada di dapur. Kesibukan menyediakan hidangan untuk keluarga memerlukan anda untuk tangkas bergerak. Jadi, kebarangkalian untuk menumpahkan makanan dan menjatuhkan barang amat tinggi. Bukan itu sahaja, sudah tentu suami dan anak-anak juga akan sibuk berulang-alik melihat korang di dapur. Bagi mengatasi masalah ini, anda harus memilih lantai jenis tahan lasak dan tidak mudah rosak. Paling penting pastikan lantai anda tidak licin dan selamat.
.
Ikut kesesuaian
Pilih lantai yang sesuai dengan rekaan dan susun atur dapur anda. Sama ada gaya moden, tradisional atau kontemporari. Keluasan ruang dapur juga perlu diambil kira termasuk, warna, reka bentuk dan jenis binaan.
.
Keselesaan
Jika ada gemar meluangkan masa yang lama di dapur, pilihlah lantai yang agak lembut dan tahan lasak. Lantai jenis marmar tidak sesuai dipasang jika korang mahu berdiri terlalu lama. Binaan kayu lebih sesuai bagi mengurangkan sakit atau lenguh kaki. Jika mahu lebih selesa, anda boleh lapiskan dengan karpet atau pelapik kaki yang lembut.
.
Mudah dicuci
Dapur pasti akan dicemari dengan kotoran seperti tumpahan atau percikan makanan. Bagi mengelakkan korang membuang masa mencucinya terlalu lama, apa kata pilih jenis lantai yang mudah diselenggara, dijaga dan mudah dicuci. Pastikan lantai korang diperbuat daripada bahan kalis air dan mudah menanggalkan kotoran.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan