Hai
.
Selamat pagi semua. Harinih min nak share tip mcm mana nak elak ruang tamu kelihatan berselak.
.
Melangkah masuk ke ruang kediaman , mata pasti tertumpu pada komposisi ruang tamu dahulu sebelum ruang-ruang yang lain. Tetapi kadangkala sikap obsesi dalam menghias ruang tamu ini boleh menyebabkan ruang ini kelihatan semak dan serabut dengan perhiasan yang tidak sepatutnya. Bukan itu sahaja, kehadiran langsir, warna, pencahayaan perabot dan lain-lain juga mempengaruhi sesuatu ruang itu
.
Jadi kali ini kami akan kongsikan 5 tip dari menjadikan ruang tamu anda kelihatan padat dan sesak. Selamat mencuba
.
1. Mulakan idea menghias ruang tamu dengan pemilihan warna cat bagi dinding dan siling. Disarankan anda menggunakan warna ‘sejuk’ untuk membangkitkan ketenangan dan membuatkan ruang tamu anda luas
.
2. Penggunaan cermin besar dengan pencahayaan penuh atau cermin-cermin kecil di tempat yang strategik, akan memberikan kesan luas kepada pemandangan ruang tamu anda
.
3. Pilih hiasan yang perlu sahaja dan elakkan terlalu banyak item kecil hingga menampakkan ruang tamu tampak sarat
.
4. Gunakan beberapa perabot bersaiz kecil dalam dekorasi anda, di samping seunit perabot besar seperti sofa sebagai titik tengah ruang tamu anda
.
5. Menggantung langsir dari siling hingga ke lantai ialah satu idea dekorasi yang baik untuk ruang yang sempit
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan