Seimbang dan Harmoni
Keseimbangan dan keharmonian penting dalam menghias pangsapuri. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tidak semestinya perlu sama nanti hilanglah kreativiti dalam tata hias rumah anda
.
Dekor Rumah, Bukan Bilik
Memandangkan keluasan terhad, justeru berikan penekanan pada hiasan rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, gaya atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi yang diidamkan. Anda boleh memilih warna dinding terang untuk satu bilik. Gunakan warna sama pada bedding set di dalam bilik lain. Kemudian, hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (menggunakan skim warna sama)
.
Kualiti dan Jenama
Tidak perlulah menghias setiap sudut dengan perabot dan aksesori berjenama. Elakkan daripada menggandingkan barang murah bersama yang mahal kerana ini hanya hanya menampakkan lagi ‘murahnya’ barang itu
.
Minimalis
Pemilihan dan susun atur perabot serta aksesori hiasan yang kemas, ringkas juga selesa akan kelihatan lebih bergaya dan mahal. Gaya hiasan ini menepati ciri dekorasi moden yang elegan
.
Suai Padan
Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk daripada satu jenis sahaja membuat dekorasi rumah anda kelihatan ‘keterlaluan’. Suai dan padankan barang sedia ada atau daripada pelbagai jenama. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasi tampil lebih berkesan
.
Kurangkan Ukuran untuk Lebih Luas
Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik kecil dan sempit, anda hanya memerlukan perabot bersaiz kecil. Bagi menambah seri, anda boleh menggantung lukisan bersaiz besar untuk mencipta ilusi bilik yang luas
.
Masa dan Pilihan
Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru, anda mungkin terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang ada. Kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui barang yang diingini. Akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk keperluan rumah anda atau berbelanja lebih daripada bajet. Justeru, ambil masa hingga anda barang benar sesuai dengan cita rasa dan kediaman anda
.
Jangan Berlebihan
Tiada salahnya jika anda mahu menampilkan warna terang dan bentuk unik untuk menarik pandangan. Ini memang akan menjadi lambang cita rasa anda dan mempunyai mesej tersendiri. Bagaimanapun, jangan berlebihan. Tonjolkan gaya dekorasi impian anda secara sederhana dan seimbang. Ini kerana, jika terlalu banyak, ruang menjadi berserabut atau semak. Misalnya, anda hanya perlu meletakkan satu koleksi pasu di ruang tamu, pasti lebih unik
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan