SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Rabu, Ogos 29, 2018

Mengapa Perlu Memilih Kabinet Dapur Aluminium ?





Hai salam sejahtera semua.

Harini min nak share something kenapa korang perlu pilih kabinet dapur jenis aluminium ? ok min nak bagitahu korang sekarang jugak.
.
Kabinet dapur antara item yang mampu melengkapkan ruang dapur anda. Kabinet dapur biasanya dipilih berdasarkan material, kos, reka bentuk. Setiap jenis material mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri.
.
1.  Kabinet dapur aluminium sememangnya mempunyai ketahanan yang agak lama berbanding kabinet dapur material yang lain seperti kayu, dan MDF.
.
2. Tahan air serta tahan lama. Aluminium tidak seperti material kayu yang mudah mengembang apabila terkena air dan tidak dijaga baik.
.
3.  Sekiranya korang memilih kabinet berasaskan aluminium korang boleh mengelak daripada terkena anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet kayu, dimana struktur luar masih elok namun dibahagian dalam sudah lompong dek dimakan anai-anai. Oleh itu berhati-hatilah.
.
4. Tidak akan berkarat kerana aluminium ini bukan dalam kategori material besi yang mudah berkarat.
.
5.  Material aluminium ini selamat digunakan buat korang sekeluarga, kediaman dan alam sekitar.
.
6. Jangan korang sangka aluminium hanya mempunyai satu jenis warna. Sebenrnya aluminium mempunyai 100 lebih warna.
Diharapkan apa yang min sharekan dapat menjadikan korang mengetahui lebih banyak info yang berguna kepada korang.





·      
·         
·        
·         
·        
·         

Isnin, Ogos 27, 2018

Tips membina taman sendiri


Hai
.
Selamat pagi
.
Harini min nak berkongsi mcm mana nak bina sendiri taman di laman rumah korang
.
Pertama sekali, korang kena kenali taman korang mcm mana. Jika korang baru saje beli rumah dan telah duduk sekurang kurangnya selama setahun. Sebabnya pada tahun pertama, korang dapat kenalpasti tumbuhan dan belajar tentang persekitaran taman. Korang juga kena berjalan-jalan dan lihat taman dari sudut y berbeza. Misalnya dari tingkap atas ataupun bawah. Ini akan menentukan permandangan mcm mana yang korang inginkan semasa berada dirumah. Korang juga bole buat nota arah matahar naik dan jatuh . Sebab apa? sebab  kemungkinan ingin nmelindungi permandagan yang tak diingini.
.
Kedua, korang kena fikirkan tentang apa yang korang mahukan dari sebuah taman ? misalnya korang mahu taman korang ada mempunyai ruang bercucuk tanam hasil sayura-sayuran ataupun nak menikmati keindahan folora dan fauna. Sebaiknya , min mencadangkan korang kenalah rancang taman korang di sehelai kertas sebelum direalisasikan dalam bentuk yang nyata
.
okay nih paling penting, korang kenalah mengenalpasti jenis tanah yang terdapat kat rumah korang. Tak pe korang melabur sedikit wang untuk mengetahui samada tanah  dirumah korang adalah tanah asid, alkali ataupun neutral. Sebab tanah yang baik akan menentukan sama ada pokok yang ditanam subur ataupun tidak
.
Diharap tip nih dappat bantu korang nak buat taman di kediaman korang.
.
#scalesworkdesignandbuild
#kontraktorrenovation
.
www.scaleswork.com

Rujukan : Majalah Impianan

Sabtu, Ogos 25, 2018

NAK PILIH LANTAI DAPUR? INI YANG PERLU KITA TAHU




Ruang yang sering menjadi favourite emak atau ibu kita confirmlah dapur. Sebenarnya pemilihan lantai adalah penting bagi memastikan lantai dapur tidak cepat kotor dari tumpahan minyak atau makanan. 
.
4 perkara ini yang perlu korang ambil peduli bila ingin memilih lantai khas untuk dapur
.
Harga
Berapa peruntukan yang korang akan keluarkan untuk menukar lantai dapur? Ini perkara yang perlu anda ambil kira. Apabila anda sudah mempunyai bajet, barulah anda mula mengukur keluasan dapur bagi membuat anggaran wang yang akan dikeluarkan. Tetapi harus diingat, akan ada kos tambahan seperti penghantaran, pemasangan dan proses menanggal serta melupus lantai lama.
.
Gaya hidup
Di rumah korang adalah chef jika berada di dapur. Kesibukan menyediakan hidangan untuk keluarga memerlukan anda untuk tangkas bergerak. Jadi, kebarangkalian untuk menumpahkan makanan dan menjatuhkan barang amat tinggi. Bukan itu sahaja, sudah tentu suami dan anak-anak juga akan sibuk berulang-alik melihat korang di dapur. Bagi mengatasi masalah ini, anda harus memilih lantai jenis tahan lasak dan tidak mudah rosak. Paling penting pastikan lantai anda tidak licin dan selamat.
.
Ikut kesesuaian
Pilih lantai yang sesuai dengan rekaan dan susun atur dapur anda. Sama ada gaya moden, tradisional atau kontemporari. Keluasan ruang dapur juga perlu diambil kira termasuk, warna, reka bentuk dan jenis binaan.
.
Keselesaan
Jika ada gemar meluangkan masa yang lama di dapur, pilihlah lantai yang agak lembut dan tahan lasak. Lantai jenis marmar tidak sesuai dipasang jika korang mahu berdiri terlalu lama. Binaan kayu lebih sesuai bagi mengurangkan sakit atau lenguh kaki. Jika mahu lebih selesa, anda boleh lapiskan dengan karpet atau pelapik kaki yang lembut.
.
Mudah dicuci
Dapur pasti akan dicemari dengan kotoran seperti tumpahan atau percikan makanan. Bagi mengelakkan korang membuang masa mencucinya terlalu lama, apa kata pilih jenis lantai yang mudah diselenggara, dijaga dan mudah dicuci. Pastikan lantai korang diperbuat daripada bahan kalis air dan mudah menanggalkan kotoran.
.

Jumaat, Ogos 24, 2018

TIP URUS RUANG DAPUR SEMPIT MENJADI LEBIH SELESA




Hai selamat pagi semua
.
Harinih min nak share sikit mcm mana nak urus ruang dapur yang sempit supaya jadi lebih selesa.
.
okay. Jom baca tips yang min nak share kan
.
Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan menyediakan makanan. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh.

Kat manakah korang boleh mencari ruang penyimpanan tambahan? Cari semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet.
.
Mana-mana peralatan untuk membuat biskut atau kek yang hanya digunakan sekali-sekala boleh disimpan di satu tempat seperti di dalam laci. Ia bukan sahaja memudahkan anda mencari barangan tersebut malah lebih kemas.
.
Penyimpanan seperti pinggan atau mangkuk tambahan boleh disusun secara bertindih di dalam laci yang di buat khas. Ia menjimatkan ruang yang terhad.
.
Bekas penyimpanan harus disusun mengikut saiz yang betul untuk disesuaikan dengan peralatan dapur.  Ia akan memberi lebih paparan menarik dan praktikal untuk digunakan.
.
Ruang hadapan atau mungkin juga belakang pintu jangan dipandang kosong. Ia boleh digunakan untuk tujuan menyangkut apron atau tuala tangan.
.
Sudu dan garpu di letakkan pada satu bekas di dalam laci.
.
Barang-barang yang kerap di gunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding. Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.
.
Bakul rotan menjadi suatu daya tarikan apabila diletakkan di ruang dapur. Ia menjadi pilihan selain laci yang sedia ada.
.
Simpan makanan dalam bekas pelbagai saiz mampu menjimatkan ruang di dapur. Dengan pelbagai corak dan warna menjadikan ruang penstoran lebih ceria. Selain itu, ia juga praktikal dan selamat untuk digunakan
.
Diharap tip nih dapat membantu korang dalam mencantikkan ruang dapur korang
.

Selasa, Ogos 21, 2018

TIP DEKO RUMAH KECIL SEPERTI APARTMENT, KONDO ATAU FLAT




Seimbang dan Harmoni
Keseimbangan dan keharmonian penting dalam menghias pangsapuri. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan skema dekorasi anda. Tidak semestinya perlu sama  nanti hilanglah kreativiti dalam tata hias rumah anda
.
Dekor Rumah, Bukan Bilik
Memandangkan keluasan terhad, justeru berikan penekanan pada hiasan rumah anda, bukan hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep hiasan bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menghias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, gaya atau warna yang digemari untuk mendapatkan flow dekorasi yang diidamkan. Anda boleh memilih warna dinding terang untuk satu bilik. Gunakan warna sama pada bedding set di dalam bilik lain. Kemudian, hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (menggunakan skim warna sama)
.
Kualiti dan Jenama
Tidak perlulah menghias setiap sudut dengan perabot dan aksesori berjenama. Elakkan daripada menggandingkan barang murah bersama yang mahal kerana ini hanya hanya menampakkan lagi ‘murahnya’ barang itu
.
Minimalis
Pemilihan dan susun atur perabot serta aksesori hiasan yang kemas, ringkas juga selesa akan kelihatan lebih bergaya dan mahal. Gaya hiasan ini menepati ciri dekorasi moden yang elegan
.
Suai Padan
Ruang tamu anda yang dipenuhi dengan produk daripada satu jenis sahaja membuat dekorasi rumah anda kelihatan ‘keterlaluan’. Suai dan padankan barang sedia ada atau daripada pelbagai jenama. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar dekorasi tampil lebih berkesan
.
Kurangkan Ukuran untuk Lebih Luas
Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik kecil dan sempit, anda hanya memerlukan perabot bersaiz kecil. Bagi menambah seri, anda boleh menggantung lukisan bersaiz besar untuk mencipta ilusi bilik yang luas
.
Masa dan Pilihan
Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru, anda mungkin terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang ada. Kemungkinan pencarian kali pertama anda akan gagal menemui barang yang diingini. Akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk keperluan rumah anda atau berbelanja lebih daripada bajet. Justeru, ambil masa hingga anda barang benar sesuai dengan cita rasa dan kediaman anda
.
Jangan Berlebihan
Tiada salahnya jika anda mahu menampilkan warna terang dan bentuk unik untuk menarik pandangan. Ini memang akan menjadi lambang cita rasa anda dan mempunyai mesej tersendiri. Bagaimanapun, jangan berlebihan. Tonjolkan gaya dekorasi impian anda secara sederhana dan seimbang. Ini kerana, jika terlalu banyak, ruang menjadi berserabut atau semak. Misalnya, anda hanya perlu meletakkan satu koleksi pasu di ruang tamu, pasti lebih unik
.

Isnin, Ogos 20, 2018

Pilihan Warna Dapur Luar Biasa Tetapi Cantik

Salam selamat pagi semua.
.
Diharap korang dalam keadaan bahagia selalu
.
So hari ini min nak kongsikan tips pilihan warna dapur luar biasa tetapi cantik mampu memukau pandangan semua orang. Korang pernah perasaan tak, semakin lama kita buat rujukan berkaitan deko rumah atau konsep  rumah, paling penting adalah penetapan warna
.
Usah pening dan gusar, terdapat 5 pilihan warna untuk dekorasi rumah korang
.


Kuning Matahari:
.
Seperti sinaran mentari yang mampu menerangi sisi gelap, warna ini melambangkan optimis pemilik serta elemen keriangan yang dimiliki. Selain itu, warna ini mampu merangsang selera makan seseorang. Antara bahagian dapur yang sesuai untuk ditekankan adalah dibahagian dinding dan kerusi baru
.

Biru navy :
Jika anda sukakan ketenangan, biru navy adalah pilihan yang tetap. Kalau cerah dan putih adalah dua warna yang sesuai untuk digabungkan dengan warna biru navy
.
Warna Kelabu :

Adalah tidak wajar untuk mengatakan bahawa waran kelabu merupakan warna  yang membosankan. Tona kelabu akan membuatkan ruang dapur anda akan kelihatan lebih elegen.
.



Metallic Megah :
Kalau anda ingin menambah elemen glitz dan elegen, pilihan bijak adalah warna metallic. Ianya kerana keadaan warnanya yang bling-bling menampakkan gaya mewah di dapur korang.
.
Diharap panduan nih dapat membantu korang dalam pemilihan warna.

  

Khamis, Ogos 16, 2018

Warna Dinding Pengaruh Mood & Aura


Hai
.
Salam sejahtera, harini min nak share sikit berkaitan dengan warna dinding boleh pengaruhi mood dan aura korang. Misalnya aura dari negatif kepada negatif.
.
Penggunaan warna kuning dan oren pada dinding telah membangkitkan mood korang supaya lebih ceria dan aktif serta mudah berinteraksi. Korang juga kena tahu penggunaan warna tersebut dapat membantu pencahayaan yang baik. Sebab apa ? sebab bole nampak ruang yang luas
.
Penggunaan warna merah telah menjadikan ruang bilik lebih bersemanagat, serta menambahkan selera makan sekali gus menjadikan suasana menjadi romantis dan sensual. Tetapi korang kena ingat penggunaan warna nih meningkatkan tekanan darah jika kombinasi warna tidak sesuai. Misalnya, penggunaan warna di ruang bilik tidur kurang sesuai telah menjadikan korang cemas dan tak tenteram.
.
Manakala penggunaan warna biru pula, ramai diantara korang gemar warna biru kan ? sebab apa ? sebab penggunaan warna bilik tidur akan menjadi tenang dan dapat membantu korang tidur dengan lena. Sekali gus, dapat kurangkan tekanan darah . Kalau korang nak tahu, warna biru akan lebih proaktif serta kreatif. Warna biru juga sesuai digunakan diruan pejabat.
.
Warna kelabu merupakan warna neutral dari rangkaian putih, beige hingga ke tona lebih gelap seperti coklat dan kelabu. Kalau korang nak tahu penggunaan warna ini dianggap selamat dan mudah dipadankan dgn macam2 warna. Warna neutral juga telah membuatkan ruang keilihatan lebih moden dan kemas. Korang juga dngan pemilihan tona yang pelbagai, warna neutral sesuai digunakan untuk semua jenis ruang dalaman
Manakala warna hijau, Kalau korang nak tahu, tona nih dianggap pencinta alam semulajadi. Kebanyakkan warna hijau mudah serasi dnengan warna terang mahupun sejuk. Kombinasi biru sejuk dan kuning yang ceria telah membuatkan sesuai digunakan untuk semua jenis ruang kediaman. Suasana tenang dapat dicipta pada ruang dapur yang sibuk juka digandingkan dengan warna hijau. Korang kena tahu jugak penggunaan warna hijau dapat membantu mengurangkan stress
.
Warna merah jambu pula, akan jadi pilihan bilik tidur anak perempuan. Warrna merah jambu nih dapat memberi rasa tenang, ceria dan kasih sayang. Kalau korang nak tahu warna merah jambu nih dapat kurangkan rasa marah dan agresif. Warna nih kalau diikutkan kurang sesuai dignakan secara keterlaluan keranan seseorang akan cederung merasa kebudak-budakkan dan lemah. Kalau ingin mengimbangkan , koreang boleh kombinasikan warna hitam, putih atau pun kelabu
.
Warna unggu pula melambangkan kemewahan. Penggunaan warna unggu gelap pada ruang akan menonjolkan rasa romantik, misteri dan aura mewah. Kalau korang nak tahu, warna nih sesuai untuk ruang tamu, dapur atau pun pejabat. Penggunaan warna di bilik tidur, sesuai dengan arna kombinasi unggu lembut kerana ia dapat membantu relaks kan minda korang
.
Penggunaan warna gelap , sering dikaitkan dengan kesuraman. Kalau korang nak tahu warna gelap juga dapat menjadikan ruang menark. Warna seperti navy blue dapat ruang lebih berkarakter dan dramatik. Warna hitam kini banyak digunakan sebenarnta juga menampilkan keunggulan diri, disiplin serta melambangkan kekuatan. Untuk seimbangkan kombinasi hitam dgn warna puth agar emosi lebih stabil dan warna hitam makin terserlah. Pastikan juga cahaya semula jadi dapat masuk ke dalam ruang sebanyak mugkin agar suasana ruang lebih bertenaga
.
Diharap panduan nih dapat membantu untuk menyerikan lagi rumah korang. Supaya sentiasa cantik, kemas dan teratur.
.
#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied


Rabu, Ogos 15, 2018

TIPS MENCUCI TINGKAP DAN PINTU KACA




Selamat pagi semua
.
Harinih min nak share sikit tips mencuci tingkap dan pintu kaca.
Mencuci kaca tingkap dan pintu merupakan perkara yang remeh bagi individu yang sibuk dengan rutin harian dan sering di pandang sambil lewa oleh pemilik kediaman . Rutin membersihkan cermin dan pintu ini sebenarnya tidaklah begitu susah dan sepatutnya boleh dilakukan hanya pada hujung minggu, lebih-lebih lagi menyelang hari raya yang bakal menyelang ini. Jadi mari kita ikuti tip di bawah ini
.
 Caranya mudah:
.
 1. Dengan menggunakan vakum atau kain bersih yang lembap, keluarkan kekotoran seperti habuk, daun, sampah atau sarang labah-labah, di bahagian tingkap. Bancuhan air dengan pencuci pakaian mampu menyingkirkan kotoran degil. Elakkan membersihkan tingkap atau pintu kaca di bawah pancaran terus matahari. Kepanasan matahari mengeringkan tingkap dengan pantas dan akan meningggalkan kesan goresan yang tidak elok pada permukaannya. Bancuhkan satu cawan cuka dengan air berukuran suku baldi. Tuangkan bancuhan ke dalam botol penyembur. Kemudian semur pada permukaan kaca dan lap bersih
.
 2. Cara kedua adalah bancuhkan setengah cawan tepung jagung dan dua cawan air. Kemudian lapkan bancuhan ini ke atas permukaan panel tingkap kaca dengan menggunakan span
.
 3. Cara ketiga adalah dengan menggunakan cecair pencuci komersial khas untuk kaca. Semburkan pada permukaan kaca, kemudian lap bersih dengan kertas tuala atau kertas surat khabar yang digumpal untuk mendapatkan efek sinar yang berkesan
.


Isnin, Ogos 13, 2018

TIPS MEMILIH MEJA MAKAN




Hai

Selamat tengah hari semua
.
Harini nin nak share sikit berkenaan dengan tajuk kita pada hari ini
.
Topik kita pada harini min nak share tentang pemilihan  meja makan di ruang rumah korang
.
Mula2 korang kena kenal pasti saiz ruang makan terlebih dahulu
.
Ruang terlalu terhad, jikalau pemilihan meja bulat besar digunakan
.
Meja segi empat sesuai untuk  ruang yang luas dan dan banyak kerusi. Meja ini kebiasaanya digunakan untuk penghuni rumah yang mempunyai banyak keluarga
.
Faktor seterusnya ialah bajet yang harus dikeluarkan oleh pemilik rumah tersebut.

Faktor konsep yang diguna pakai di dalam kediaman.

Ruang makan rumah korang sebahagian dari dapur. Ini bermaksud tempat korang mempunyai ruang yang kecil untuk digunakan.
.
Bilangan penghuni kediaman bertambah iaitu keluarga bertambah. Kalau korang nak tahu, bilangan penghuni rumah mempengaruhi segalanya. Bilangan bertambah akan menjadi kan rumah bertambah sempit 
.
 Memikirkan kekerapan menggunakan meja makan. Kalau korang nak tahu penggunaan meja makan perlu di ambil kira. Kiranya kita sebagai penghuni rumah perlu ambil kira kekerapan dalam menggunakan meja makan.

Diharap tip ini berguna untuk membuat pemilihan meja makan untuk ruang kediaman korang



Jumaat, Ogos 10, 2018

TARIK CAHAYA SEMULAJADI KE DALAM RUMAH




Waktu siang adalah waktu kita menggunakan tenaga cahaya semulajadi berkadar minimum. Di Malaysia, walaupun kita menikmati cahaya matahari yang banyak, tetapi ada segelintir lagi unit kediaman yang tidak mendapat bekalan cahaya matahari yang mencukupi di siang hari disebabkkan oleh pelbagai halangan
.
Jom min kongsikan dengan korang…
.
Maksimumkan ketinggian Tingkap :
Tahukah korang ketinggian tingkap adalah 7 kaki tinggi. Sebaiknya korang cari lah kediamaan yang dibina dengan bukaan tingkap yang lebar supaya cahaya mudah masuk kedalam rumah korang. Cahaya matahari yang banyak ini membuatkan sirkulasi udara mudah masuk ke dalam rumah korang. Ini mejimatkan kan lagi penggunaan eletrik rumah korang.
.
Alihkan segala halangan di tingkap :
Jika kediaman korang mempunyai langsir terlalu tebal, seeloknya korang gantikan langsir yang yang berwarna cerah supaya cahaya mudah masuk ke kediaman korang.
.
Lebihkan masa di luar rumah :
Jika korang banyak lebih masa di dalam rumah, apa kata korang lebihkan masa pulak di kawasan luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya seperti lepak di balkoni atau duduk di luar rumah memberi makan ikan kena keluar \ kawasan rumah korang mempunyai kolam . Korang perlu ingat kulit kita ini perlukan cahaya juga.
 .
Penggunaan Cermin besar :
Korang juga boleh guna cermin yang besar sebagai trick untuk mendekorasikan rumah korang. Aturkan secara strategik lokasi untuk meletakkan cermin kerana apabila cahaya matahari masuk ke dalam rumah korang, ia akan memantulkan sekaligus menerangkan ruang rumah korang.
.
Naik taraf perabot :
Perabot yang besar dan tinggi menghalang pengcahayaan masuk ke dalam kediaman rumah korang. Oleh itu elak letak perabot rumah korang  dekat dengan tingkap.
.
Diharap panduan ini dapat membantu  korang untuk memaksimumkan pengcahayaan masuk kedalam rumah korang.


Rabu, Ogos 08, 2018

Elak Ruang Tamu Nampak Sesak.




Hai 
.
Selamat pagi semua. Harinih min nak  share tip mcm mana nak elak ruang tamu kelihatan berselak. 
.
Melangkah masuk ke ruang kediaman , mata pasti tertumpu pada komposisi ruang tamu dahulu sebelum ruang-ruang yang lain. Tetapi kadangkala sikap obsesi dalam menghias ruang tamu ini boleh menyebabkan ruang ini kelihatan semak dan serabut dengan perhiasan yang tidak sepatutnya. Bukan itu sahaja, kehadiran langsir, warna, pencahayaan perabot dan lain-lain juga mempengaruhi sesuatu ruang itu
.
Jadi kali ini kami akan kongsikan 5 tip dari menjadikan ruang tamu anda kelihatan padat dan sesak. Selamat mencuba
.
1. Mulakan idea menghias ruang tamu dengan pemilihan warna cat bagi dinding dan siling. Disarankan anda menggunakan warna ‘sejuk’ untuk membangkitkan ketenangan dan membuatkan ruang tamu anda luas
.
2. Penggunaan cermin besar dengan pencahayaan penuh atau cermin-cermin kecil di tempat yang strategik, akan memberikan kesan luas kepada pemandangan ruang tamu anda
.
3. Pilih hiasan yang perlu sahaja dan elakkan terlalu banyak item kecil hingga menampakkan ruang tamu tampak sarat
.
4. Gunakan beberapa perabot bersaiz kecil dalam dekorasi anda, di samping seunit perabot besar seperti sofa sebagai titik tengah ruang tamu anda
.
5. Menggantung langsir dari siling hingga ke lantai ialah satu idea dekorasi yang baik untuk ruang yang sempit
.