Ada anak kecil di rumah? Susahnya nak kemas rumah. Ibu-ibu memang faham dengan situasi ni. Lepas kemas bersepah balik. Herm macam mana nak kemas ni. Hah jom baca topik yang kami share ni di bawah
5 Cara Untuk Rumah Anda Sentiasa Kemas Dan Bersih Walaupun Ada Anak Kecil
Susah juga nak ada rumah yang kemas dan rapi bila dah ada anak kecil di dalam rumah. Bukannya apa, selepas kemas dah bersepah kembali rumah dengan segala barang permainan. Mana ada masa nak susun barang dengan rapi, nak layan kerenah anak lagi.
Jangan risau, sebenarnya anda tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Semoga bermanfaat!
.
1. Kemas Katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
.
2. Selepas Basuh Baju Terus Lipat
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
.
3. Jangan Biar Singki Penuh
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan.
.
4. Pastikan Kaunter Dapur Sentiasa Bersih
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh.
.
5. Kemas Ruang Tamu Tengah Hari Dan Malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan