Terdapat begitu banyak bentuk dan saiz meja makan di pasaran. Namun yang mana satu menjadi pilihan tepat buat anda? Rupa bentuk meja makan begitu penting bagi memastikan bersesuaian dengan ruang serta konsep sesebuah kediaman. Pemilihan meja makan begitu penting kerana ia merupakan salah satu perabot utama pada sesebuah kediaman.
5 PERKARA HARUS AMBIL PERHATIAN BILA MEMILIH MEJA MAKAN
1. Kenal pasti saiz ruang makan terlebih dahulu. Anda mungkin selesa mencongak sahaja mengikut pemerhatian anda, hakikatnya anda perlu mengukur saiz ruang yang ada untuk kesesuaian meja makan yang akan dimuatkan di ruang tersebut. Ukuran meliputi seluruh kawasan ruang tersebut dan meninggalkan sedikit ruang antara 42 inci untuk keselesaan di bahagian ruang makan. Ukuran yang dibuat begitu penting kerana ditakuti meja makan tersebut terlalu besar untuk satu ruang yang agak sempit.
.
2. Bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar begitu digalakkan. Ini kerana meja tersebut tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang begitu besar untuk menempatkannya. Kehadiran meja ini sesuai untuk kumpulan kecil selain mudah untuk berkomunikasi.
.
3. Faktor yang paling penting dalam menentukan barangan yang dibeli ialah bajet yang harus dikeluarkan. Jika anda mempunyai bajet yang lebih kecil maka anda mungkin perlu mempunyai kualiti meja makan yang tidak memakan belanja yang begitu besar.
.
4. Jika ruang makan anda sebahagian dari dapur, anda boleh memilih meja makan yang lebih kasual kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sering digunakan.
.
5. Bilangan penghuni kediaman harus dititikberatkan bagi membolehkan semua ahli keluarga mendapat tempat di meja makan. Bagi keluarga besar pastinya pemilihan meja makan yang meja besar begitu sesuai kerana tampil selari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan