SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Selasa, Oktober 09, 2018

6 Cara Mudah Hias Kediaman Anda



Rumah adalah tempat untuk kita rehat selepas seharian penat berkerja
.
Untuk memastikan kita boleh berehat dengan tenang, rumah itu mestilah bersih dan ceria

.
Hiasan rumah korang perlu memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni.
Di sini kitaorang nak share beberapa tip mudah untuk menghias kediaman korang
.
1. Ganti Perabut Baru
Korang tidak perlu berbelanja besar untuk membeli set perabut batu untuk memberi suasana baru pada ruang kediaman. Cukup sekadar gantikan salah satu perabut yang sudah terlalu lama dengan yang baru.Contohnya, jika korang ada memiliki kerusi meja makan yang sudah lama. Korang perlu gantikan dengan kerusi yang baru seperti gaya yang sesuai dan sepadan.
.
2. Ilusi Cermin
Cermin mampu memberi impak pada sesebuah rung, yang kecil kelihatan lebih luas. Selain itu, cermin mampu memberi suasana kelihatan lebih terang melalui biasan cahaya lampu pada keseluruhan ruang.
.
3) Pamer Koleksi Kesukaan
Anda harus berasa bangga untuk mempamerkan koleksi barangan kesukaan. Wujudkan satu ruang pamer dengan sebuah seting yang kreatif penuh dengan susun atur barangan kesukaan anda.
.

4. Kemasan Lantai
Kemasan lantai dapat dilakukan dengan hamparan karpet yang sempurna. Pilih karpet dengan motif unik kesukaan anda. Setiap motif dan warna karpet memberi mod berbeza pada ruang kediaman. Rekaan motif yang besar akan membuatkan ruang luas kelihatan kecil, dan sebaliknya.
.

5. Bantal Hias
Bantal hias merupakan aksesori tambahan yang mampu menutup kekurangan pada penataan ruang tamu. Pemilihan warna bantal hias haruslah serasi dengan konsep yang ingin diketengahkan.
.

6. Penataan Cahaya
Dengan gantian tatacahaya lampu, ia mampu membawa perubahan besar pada penampilan kediaman. Fokus pantulan cahaya lampu pada sesuatu objek bagi menonjolkan karakter sesebuah ruang.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan