SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Isnin, Oktober 15, 2018

5 Tips Memilih Warna di Ruang Kediaman Kecil



Ruang yang kecil, sememangnya sukar untuk menyusun atur barang-barang.
.
Tapi jika kena pada gayanya ruang yang kecil tu akan nampak lebih menarik.
.
So, harini min nak share tip untuk menyusun atur rumah yang kecil supaya tidak nampak terlalu padat
.
1.    Ruang korang terlalu  terhad. Jangan di sekat dengan rona gelap atau terlalu terang sehingga meresahkan diri korang apabila berada di dalamnya
.
2.    Bayangkan dinding korang ibarat kanvas untuk korang meletakkan pelbagai warna dan kemasan. Warna pastel pada katalog sememangnya tidak menyerlah tetapi ia sangat berkesan dalam menjadikan ruang tampak eksklusif, luas dan selesa dipandang
.
3.    Jika korang masih mahukan warna terang, pilih sebuah dinding sebagai feature wall. Manakala yang lain warna yang sama tetapi biasan yang lebih lembut. Korang juga boleh memilih warna yang sama tetapi mungkin untuk feature wall korang memilih
.
4.    Bercakap soal warna, bagi ruang kecil, langsir juga perlulah harmoni dengan rona dinding. Tidak salah jika korang memilih rona sedondon dengan dinding agar ruang tidak terlalu berkecamuk dengan warna dan corak
.
5.    Pilih kelompok warna yang korang mahu. Jika boleh biarlah tidak keterlaluan sehingga korang resah bila berada di dalamnya. Ia juga biarlah tidak terlalu banyak pilihan warna dalam sebuah ruang dan hiaslah dengan berpada-pada. Adakala yang minimum itu merupakan yang terbaik
.
Di harap panduan ini dapat membantu korang dalam menghias kediaman korang supaya lebih cantik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan