SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Rabu, Oktober 17, 2018

10 CARA MUDAH UNTUK HINDARI PEMBIAKAN BAKTERIA SALMONELLA DI DALAM KEDIAMAN ANDA.




Apa itu Salmonella ?
Terdapat beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pemakanan dan pencernaan. Menurut WHO, salmonella merupakan penyebab utama keracunan makanan.
Apakah penyebab utama bakteria salmonella ini wujud dalam makanan?
Bakteria salmonella ini biasa membiak dalam daging,ayam ataupun sayur sebagai tempat habitatnya. Ini berpunca daripada makanan tersebut tercemar.
Bagaiamana Cara Mengatasi Jangkitan Salmonella ?
1.     Cuci tangan dengan menggunakan sabun setiap kali selepas
·         Menggunakan bilik air
·         Menggantikan lampin anak
·         Memotong daging atau ayam
·         Membersihkan kotoran  / kandang peliharaan
·         Menyentuh haiwan
2.     Asingkan daging , ayam dan makanan laut dari bahan lain sehingga ia selesai dibersihkan.
3.     Sediakan papan pemotong khas untuk memotong daging. Mankala untuk memotong bahan lain sediakan papan lain
4.     Elak makanan yang telah dimasak dari permukaan yang belum dibersihkan seperti papan pemotong, makanan yang belum diersihkan.
5.     Cuci bersih peralatan dan perkakas dapur terutamanya yang bersentuhan dengan bahan yang masih mentah.
6.     Simpan daging atau ayam di dalam bekas yang tertutup.
7.     Cuci bersih semua bahan termasuk sayur yang memang di makan secara mentah.
8.     Jika terdapat daging,ikan atau sayur yang dihidangkan dalam keadaan mentah  sebagai santapan pastikan ia segar.
9.     Masak makanan sehingga matang untuk membunuh bacteria punca penyakit.
10.         Lakukan pembersihan berkala dengan menggunakan bahan pencegah bakteria.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan