SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Selasa, Oktober 30, 2018

ADA PLAN NAK RENOVATE RUMAH ANDA MENJADI HOTEL?

Sabtu, Oktober 27, 2018

Tips Rumah Sentiasa Kemas Walaupun Ada Anak Kecil.



Ada anak kecil di rumah? Susahnya nak kemas rumah. Ibu-ibu memang faham dengan situasi ni. Lepas kemas bersepah balik. Herm macam mana nak kemas ni. Hah jom baca topik yang kami share ni di bawah
5 Cara Untuk Rumah Anda Sentiasa Kemas Dan Bersih Walaupun Ada Anak Kecil
Susah juga nak ada rumah yang kemas dan rapi bila dah ada anak kecil di dalam rumah. Bukannya apa, selepas kemas dah bersepah kembali rumah dengan segala barang permainan. Mana ada masa nak susun barang dengan rapi, nak layan kerenah anak lagi.
Jangan risau, sebenarnya anda tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Semoga bermanfaat!
.
1. Kemas Katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
.

2. Selepas Basuh Baju Terus Lipat

Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
.

3. Jangan Biar Singki Penuh

Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan.
.

4. Pastikan Kaunter Dapur Sentiasa Bersih

Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh.
.
5. Kemas Ruang Tamu Tengah Hari Dan Malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.


Khamis, Oktober 18, 2018

5 PERKARA HARUS AMBIL PERHATIAN BILA MEMILIH MEJA MAKAN



Terdapat begitu banyak bentuk dan saiz meja makan di pasaran. Namun yang mana satu menjadi pilihan tepat buat anda? Rupa bentuk meja makan begitu penting bagi memastikan bersesuaian dengan ruang serta konsep sesebuah kediaman. Pemilihan meja makan begitu penting kerana ia merupakan salah satu  perabot utama pada sesebuah kediaman.

5 PERKARA HARUS AMBIL PERHATIAN BILA MEMILIH MEJA MAKAN

1.    Kenal pasti saiz ruang makan terlebih dahulu. Anda mungkin selesa mencongak sahaja mengikut pemerhatian anda, hakikatnya anda perlu mengukur saiz ruang yang ada untuk kesesuaian meja makan yang akan dimuatkan di ruang tersebut. Ukuran meliputi seluruh kawasan ruang tersebut dan meninggalkan sedikit ruang antara 42 inci untuk keselesaan di bahagian ruang makan. Ukuran yang dibuat begitu penting kerana ditakuti meja makan tersebut terlalu besar untuk satu ruang yang agak sempit.
.
2.    Bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar begitu digalakkan. Ini kerana meja tersebut tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang begitu besar untuk menempatkannya. Kehadiran meja ini sesuai untuk kumpulan kecil selain mudah untuk berkomunikasi.
.
3.     Faktor yang paling penting dalam menentukan barangan yang dibeli ialah bajet yang harus dikeluarkan. Jika anda mempunyai bajet yang lebih kecil maka anda mungkin perlu mempunyai kualiti meja makan yang tidak memakan belanja yang begitu besar.
.
4.    Jika ruang makan anda sebahagian dari dapur, anda boleh memilih meja makan yang lebih kasual kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sering digunakan.
.
5.    Bilangan penghuni kediaman harus dititikberatkan bagi membolehkan semua ahli keluarga mendapat tempat di meja makan. Bagi keluarga besar pastinya pemilihan meja makan yang meja besar begitu sesuai kerana tampil selari.

             #ScalesWorkDesignAndBuild
             #renovationID
             #buildwithsatisfied
             www.scaleswork.com

Rabu, Oktober 17, 2018

10 CARA MUDAH UNTUK HINDARI PEMBIAKAN BAKTERIA SALMONELLA DI DALAM KEDIAMAN ANDA.




Apa itu Salmonella ?
Terdapat beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pemakanan dan pencernaan. Menurut WHO, salmonella merupakan penyebab utama keracunan makanan.
Apakah penyebab utama bakteria salmonella ini wujud dalam makanan?
Bakteria salmonella ini biasa membiak dalam daging,ayam ataupun sayur sebagai tempat habitatnya. Ini berpunca daripada makanan tersebut tercemar.
Bagaiamana Cara Mengatasi Jangkitan Salmonella ?
1.     Cuci tangan dengan menggunakan sabun setiap kali selepas
·         Menggunakan bilik air
·         Menggantikan lampin anak
·         Memotong daging atau ayam
·         Membersihkan kotoran  / kandang peliharaan
·         Menyentuh haiwan
2.     Asingkan daging , ayam dan makanan laut dari bahan lain sehingga ia selesai dibersihkan.
3.     Sediakan papan pemotong khas untuk memotong daging. Mankala untuk memotong bahan lain sediakan papan lain
4.     Elak makanan yang telah dimasak dari permukaan yang belum dibersihkan seperti papan pemotong, makanan yang belum diersihkan.
5.     Cuci bersih peralatan dan perkakas dapur terutamanya yang bersentuhan dengan bahan yang masih mentah.
6.     Simpan daging atau ayam di dalam bekas yang tertutup.
7.     Cuci bersih semua bahan termasuk sayur yang memang di makan secara mentah.
8.     Jika terdapat daging,ikan atau sayur yang dihidangkan dalam keadaan mentah  sebagai santapan pastikan ia segar.
9.     Masak makanan sehingga matang untuk membunuh bacteria punca penyakit.
10.         Lakukan pembersihan berkala dengan menggunakan bahan pencegah bakteria.





Isnin, Oktober 15, 2018

5 Tips Memilih Warna di Ruang Kediaman Kecil



Ruang yang kecil, sememangnya sukar untuk menyusun atur barang-barang.
.
Tapi jika kena pada gayanya ruang yang kecil tu akan nampak lebih menarik.
.
So, harini min nak share tip untuk menyusun atur rumah yang kecil supaya tidak nampak terlalu padat
.
1.    Ruang korang terlalu  terhad. Jangan di sekat dengan rona gelap atau terlalu terang sehingga meresahkan diri korang apabila berada di dalamnya
.
2.    Bayangkan dinding korang ibarat kanvas untuk korang meletakkan pelbagai warna dan kemasan. Warna pastel pada katalog sememangnya tidak menyerlah tetapi ia sangat berkesan dalam menjadikan ruang tampak eksklusif, luas dan selesa dipandang
.
3.    Jika korang masih mahukan warna terang, pilih sebuah dinding sebagai feature wall. Manakala yang lain warna yang sama tetapi biasan yang lebih lembut. Korang juga boleh memilih warna yang sama tetapi mungkin untuk feature wall korang memilih
.
4.    Bercakap soal warna, bagi ruang kecil, langsir juga perlulah harmoni dengan rona dinding. Tidak salah jika korang memilih rona sedondon dengan dinding agar ruang tidak terlalu berkecamuk dengan warna dan corak
.
5.    Pilih kelompok warna yang korang mahu. Jika boleh biarlah tidak keterlaluan sehingga korang resah bila berada di dalamnya. Ia juga biarlah tidak terlalu banyak pilihan warna dalam sebuah ruang dan hiaslah dengan berpada-pada. Adakala yang minimum itu merupakan yang terbaik
.
Di harap panduan ini dapat membantu korang dalam menghias kediaman korang supaya lebih cantik



Selasa, Oktober 09, 2018

6 Cara Mudah Hias Kediaman Anda



Rumah adalah tempat untuk kita rehat selepas seharian penat berkerja
.
Untuk memastikan kita boleh berehat dengan tenang, rumah itu mestilah bersih dan ceria

.
Hiasan rumah korang perlu memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni.
Di sini kitaorang nak share beberapa tip mudah untuk menghias kediaman korang
.
1. Ganti Perabut Baru
Korang tidak perlu berbelanja besar untuk membeli set perabut batu untuk memberi suasana baru pada ruang kediaman. Cukup sekadar gantikan salah satu perabut yang sudah terlalu lama dengan yang baru.Contohnya, jika korang ada memiliki kerusi meja makan yang sudah lama. Korang perlu gantikan dengan kerusi yang baru seperti gaya yang sesuai dan sepadan.
.
2. Ilusi Cermin
Cermin mampu memberi impak pada sesebuah rung, yang kecil kelihatan lebih luas. Selain itu, cermin mampu memberi suasana kelihatan lebih terang melalui biasan cahaya lampu pada keseluruhan ruang.
.
3) Pamer Koleksi Kesukaan
Anda harus berasa bangga untuk mempamerkan koleksi barangan kesukaan. Wujudkan satu ruang pamer dengan sebuah seting yang kreatif penuh dengan susun atur barangan kesukaan anda.
.

4. Kemasan Lantai
Kemasan lantai dapat dilakukan dengan hamparan karpet yang sempurna. Pilih karpet dengan motif unik kesukaan anda. Setiap motif dan warna karpet memberi mod berbeza pada ruang kediaman. Rekaan motif yang besar akan membuatkan ruang luas kelihatan kecil, dan sebaliknya.
.

5. Bantal Hias
Bantal hias merupakan aksesori tambahan yang mampu menutup kekurangan pada penataan ruang tamu. Pemilihan warna bantal hias haruslah serasi dengan konsep yang ingin diketengahkan.
.

6. Penataan Cahaya
Dengan gantian tatacahaya lampu, ia mampu membawa perubahan besar pada penampilan kediaman. Fokus pantulan cahaya lampu pada sesuatu objek bagi menonjolkan karakter sesebuah ruang.
.