SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Selasa, Julai 24, 2018

Tips bijak menghias ruang kediaman dengan warna "Black & White"




Hai semua warga Scaleswork Design & Build
.
Harinih min na share ngan korang berkaitan ddengan tips dalam bijak menghias dengan warna 'Black & White. Penggunaan warna 'black & white ' menjadikan ruang kediaman lebih efektif
.
Jika warna hitam dan putih rumah korang kelihatan sanggat menonjol, ‘town down’kan ia dengan menggunakan warna skunder yang lain seperti warna merah , kuning atau keemasan.
.
Selain itu, dinding yang dicat putih atau krom lembut sesuai untuk berfungsi sebagai latar belakang yang sempurna buat bingkai atau karya seni. Pilih kayu gelap atau cat bingkai dengan warna hitam supaya ia dapat menjadi titik fokus didalam ruang yang dipilih.
.
Sebuah bilik mandi yang kecil kelihatan elegan dengan countertop dan lantai marmar, cabinet hitam serta dipadamkan dengan kemasan pada paip, bingkai dan sebagainya. Tandas akan kelihatan lebih rapi  dan kemas lagi dengan pemilihan warna ini
.
Lapik tilam atau cadar putih bersih dipadankan dengan sarung bantal belang membuatkan bilik tidur korang kelihatan elegan dan klasik. Gunakan trim hitam untuk dinding atau katil. Anda perlu bijak menggabungkan dan memadankan kedua dua warna ini pada pada setiap penjuru bilik.
.
Gunakan aksesori besi hitam sebagai pelengkap ruang tamu yang dicat putih polos serta dipadankan dengan sofa kelabu. Ruang akan Nampak lebih kemas dan selesa apabila digabungkan dengan lantai kayu , selain warna hijau dari pokok yang mendatangkan suasana segar pada ruang tamu korang.
.
Diharap tip ini dapat membantu korang dalam menggunakan warna 'back &white' di ruang kediaman korang
.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan