SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Jumaat, Julai 27, 2018

TIP MEMILIH DAPUR GAS MURAH TETAPI TAHAN LAMA




Hai korang.
.
Selamat Pagi
.
Apa khabar? Harap semua sihat sejahtera..
.
Harini min nak share dengan korang tip penggunaan dapur gas walaupun murah tetapi tahan lama.jomm
.
Burner/Tungku
Sebaiknya korang pilih tungku yang diperbuat daripada tembaga. Tungku yang diperbuat daripada tembaga ini lebih mudah diselenggara dan dibersihkan apabila api mula mengencil atau tungku tersumbat.Tungku tembaga ini juga tidak mudah berkarat
.
Sesuai dengan keperluan
Jika anda seorang yang gemar memasak pemilihan tungku 4 mungkin bersesuaian. Namun jika anda orang yang kurang gemar memasak 2 tungku sudah memadai
.
Saiz
Kalau korang nak beli dapur pun kena lah mempunyai saiz ruang untuk diletakkan di tempat yang sesuai. Pastikan, saiz yang dibeli bersesuaian dengan ruang yang disediakan. Jika tidak keadaan ruang memasak akan menjadi sempit dan tidak selesa
.
Hos dan Regulator
Untuk sambungan dapur ke tong gas, gunakan hos dan regulator yang terbukti diuji dengan ciri-ciri keselamatan yang diperakui oleh SIRIM. Hal ini penting, cop sirim ini bukan sekadar melindungi dan menjaga keselamatan korang, malah untuk melepasi tahap pengesahan tersebut ia perlulah produk yang berkualiti dan yang bagus
. 
Diharap panduan nih dapat membantu korang dalam membuat pilihan untuk membeli dapur gas
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan