SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Selasa, Julai 31, 2018

BAHAN DAPUR UNTUK BERSIHKAN JUBIN KOTOR DAN BERLUMUT




Hai
Selamat pagi semua
Okayy. pagi nih min nak share sikit mcm mana nak bersihkan jubin yang kotor dan berlumut ?
.
Okay min nak cerita siki pasa jubin lantai nih. Jubin lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off  yang dapat mencacatkan pemandanagan imej tandas korang. Bukan itu sahajaa,apabila kehadiran tetamu korang juga akan malu kan ?
.
Disini kitaorang kongsikan cara yang menarik tanpa perlu guna sebarang sabun. Hanya guna bahan dapur sahaja.
.
Serbuk penaik ?. untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki baki shampoo atau debu. Celupkan spam yang lembap kedalam mangkuk serbuk penaik dan gosokan pada Jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti dengan air suam. Cucian yang ideal boleh dilakukan sekali seminggu untuk dapatkan hasil yang menarik.
.
Manakala cuka, cuka yang bersifat asid ini mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Campurkan cuka dengan sedikit air kemudian semburkan saja dengan bancuhan tersebut pada permukaan jubin. Biarkan beberapa minit selepas semburan kemudian sental dengan berus atau span.
.
Garam juga bole digunakan untuk membersihkan lumut. Garam berkuasa membunuh organisma sel tunggal, seprti kulat dengan cara mengeringkan mereka. Untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dalam keadaan yang lembap. Barulah boleh melihat keberkesananya. Untuk jubin lantai atau permukaan yang rata yang lain, korang boleh lapkan kawasan itu dengan kain yang lembap dan taburkan garam, sebelum menyental dibahagian yang tertentu.



Diharap panduan nih dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah jubin rumah korang yang kotor.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan