SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Rabu, Julai 11, 2018

5 CARA ELAK BALKONI JADI SIDAI KAIN



Hai korang
.
Rumah koarang ada tak balkoni ? min tengok kebanyakkan rumah yang ada balkoni akan mengunakan balkoni sebagai tempat nak sidai pakaian
.
Agak2 kenapa ya ?
.
Harini min nak kongsikan sikit idea yang menarik untuk ubahsuai balkoni agar nampak cantik dan tak membosankan
.
Pertama sekali, korang kena susun atur sofa menjadi "L" shape kat balkoni rumah korang. Korang jangan ingat ruang tamu je bole letak L shape sofa, balkoni pun bole juga ya.  Kalau korang nak letak sofa kat balkoni tuh kenalah pilih saiz yang sesuai dengan balkoni rumah korang. Selain ruang tamu, korang juga bole berehat kat balkoni.
.
Selain itu, korang juga bole jadikan balkoni sebagai pejabat mini. Bagi pemilik yang mempunyai kediaman balkoni bukan open air ya . hehe. Dikala korang tidak mempunyai idea, korang juga bole sambil2 menghirup air kopi dengan menikmati permandangan yang indah
.
Bagi korang yang nak rasai pengalaman Marakesh, Morocco di balkoni sendiri.  Korang kenalah guna idea dekorasi timur tengah. Misal kata, kalau berkaitan dengan aksesori. korang boleh pasangkan lampu malap yang cukup menerangi ruang balkoni rumah korang. Dengan hanya tambahkan sofa yang selesa di ruang balkoni
.
Selain tuh, korang juga bole bercucuk tanam di tengah kota. Kelihatan seperti biasa tapi menarik kalau koorang bercucuk tanam sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Selain bunga, korang juga boleh tanam cili, daun sup, daun pandan,daun kari, daun kunyit dan sebagainya. Tapi korang kena ingat, Korang kenalah sentiasa cek tanaman korang. ditakuti tetamu yang tak diundang datang bertandang buat sarang. Misalnya serangga
.
Korang juga bole meletakkan sangkar kucing kat balkoni rumah korang. Daripada korang biarkan si kucing korang duduk kat luar. Apa kata korang guna balkoni sebagai tempat permainan kucing kesayangan korang. Kucing kesayang korang pun bebas daripada gangguan haiwan lain
.
Diharap panduan nih dapat membantu untuk menyerikan lagi rumah korang. Supaya sentiasa ceria dan cantik
.
#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

Tiada ulasan:

Catat Ulasan