SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Rabu, Julai 18, 2018

TIP MEMILIH LAMPU



Hai
.
Salam sejahtera
.
Harini min nak bercerita mengenai tip memilih lampu
.

Kira dan Lukis point lampu dan kipas di sehelai kertas
Sebelum ke kedai lampu, kira dulu berapa jumlah lampu dan kipas yang perlu di beli. Ambil sehelai kertas, lukiskan petak-petak ruang di dalam kediaman, tandakan lokasi lampu dan kipas. Jika di tengah, letak di tengah, jika di tepi, letak di tepi. Ini bagi mengelakkan kita tersilap membeli jumlah lampu atau tersalah memilih jenis lampu. Ingat, kita ada lampu siling, lampu gantung, lampu dinding, lampu spotlight dan lain-lain lagi. Perlu merancag dari awal agar tidak penat dan tidak membazir waktu ketika membeli.Semasa menanda , lebih elok jika menggunakan simbol yang berlainan untuk jenis lampu yang berlainan. Bawa kertas ini bersama semasa pergi ke kedai lampu!
. 
Kos Yang Perlu Diperuntukkan
Terpulang kepada masing-masing mengikut kemampuan. Jika di tanya pada min, cukuplah RM2000 lebih untuk sebuah kediaman untuk dapatkan lampu-lampu yang sesuai dengan citarasa. Maksud saya, kita masih boleh memilih rekabentuk lampu kesukaan dengan harga mampu milik. Jadi tak semestinya kita mencari lampu paling murah saja, namun masih ada lampu murah yang ada seni rekabentuknya. Bei biar berbaloi kerana nak pakai lama di rumah. Nampak hari-hari kan? :) jika yang ada peruntukan lebih tu tak apalah jika ingin berbelanja lebih. Ukur baju di badan sendiri ya :)
.
Memlilih untuk ruang demi ruang
Semasa membuat pilihan lampu, rujuk semula kertas yang mencatatkan jumlah lampu dan lokasi lampu tadi. Pilih lampu untuk ruang demi ruang. Mulakan dengan pemilihan ruang yang paling teruja untuk di dekorasi seperti ruang tamu dan juga ruang makan. Kemudian baru buat pemilihan lampu untuk bilik tidur dan sebagainya. Boleh gunakan lampu downlight jika inginkan pencahayaan keseluruhan ruang. Jika menggunakan lampu downlight, kita sudah tidak perlu pening kepala memikirkan lampu hiasan macam mana yang ingin di beli (sesuai untuk mereka yang malas nak peningkan kepala-senang pilih). Bagi yang sukakan identiti, boleh memilih lampu gantung atau dipanggil Chandelier. Bagi ruang-ruang dan bilik lain yang kurang popularnya boleh pilih lampu lekap di siling atau pun lampu lekap di dinding. Bagi lampu belakang rumah boleh gunakan lampu spotlight yang ada sensor atau tidak ada sensor. Manakala lampu di anjung rumah (porch) boleh gunakan lampu gantung atau lampu lekap siling atau pun boleh guna lampu tembok. Pastikan selepas membuat pilihan lampu, catat pada kertas yang di bawa tadi dan pangkah kan (tanda sudah selesai memilih). 
Memilih ikut saiz dan keperluan ruang
Semasa memilih lampu, perlu tahu tujuan ruang tersebut dan saiznya, jika ruang kecil, cari saja lampu yang bersaiz kecil dan ber watt rendah. Jika ruang besar, cari lah lampu yang bersaiz besar dan ber watt tinggi. Jika guna downlight, bilik kecil, cukup dengan 1-2 downlight saja. Jika bilik besar perlu kan semua penjuru jadi perlukan 4 downlight. Manakala jika ruang yang lebih besar boleh letakkan downlight selang 2 meter jarak, mungkin 6-8 downlight. Ia terpulang mengikut ruang. Pastikan setiap sudut boleh mendapat pencahayaan yang cukup. Bagi ruang yang besar, boleh asing-asingkan suisnya. Jadi jika ingin menggunakan sebahagian ruang, tidak perlu buka ke semua lampu.
.
Semalam seorang jurujual lampu ini berkongsikan satu ilmu baru kepada saya. Katanya jika mahukan lampu di sudut tertent, elok gunakan downlight, tapi jika inginkan cajaya untuk satu ruang, boleh gunakan lampu gantung kerana cahaya tersebut akan pecah dan pergi ke semua arah ;)
 . 
Minta Diskaun
Semasa membeli lampu, jangn lupa minta diskaun. Jika sudah beli sehingga rm2000 ke atas, cuba tanya jika penjual boleh berikan lampu kecil percuma. Misalnya lampu untuk bilik kanak-kanak. Untung-untung anda akan dapat. Saya selalu akan cuba tanya soalan ini di kedai yang kita telah habiskan banyak wang untuk beli barangan di kedai mereka. Tak ada tak apa, yang penting tanya. Sebab saya sendiri sudah peroleh beberapa buah lampu untuk bilik kanak-kanak percuma. Yang paling comel, lampu laddy bug 
.
Belilah semasa SALE
Beli semasa SALE! sekarang adalah masa yang sesuai, rata-rata jika pergi ke kedai lampu sekarang ini sedang ada jualan langsung dengan potongan harga 50%-70%. Kenapa? kerana sudah hujung tahun. Ada jualan musim hujung tahun. Dan peniaga lampu ingin habiskan stok lampu rekabentuk lama untuk bawa masuk stok lampu rekabentuk baru 2014. Orang yang bijak ialah orang yang pandai jimat dan mendapat hasil yang berbaloi-baloi.
.
Rujuk majalah dan imej carian Google
Ramai yang tanya, macam mana nak pilih lampu yang sesuai dengan ruang? Jawap min, pilihan di tangan anda. Orang lain tidak dapat merasai kepuasan diri anda. Jadi, apa yang boleh dibuat, rujuk majalah-majalah dekorasi dan dapatkan imej-imej di carian Google untuk mendapatkan imej ruang yang mempamerkan lampu yang disenangi oleh anda sekeluarga. Cuba dapatkan rekabentuk lampu seperti lampu yang dilihat di majalah dan carian google itu tadi.
Lampu Putih & Lampu Kuning
Pastikan di rumah ada lampu bewarna putih dan lampu bewarna kuning di setiap ruang yang beraktivti untuk kesenangan di kemudian hari. Pemasangan lampu kuning boleh digunakan secara lampu downlight kecil atau lampu berdiri atau pun lampu spotlight (galeri). Boleh juga gunakan lampu meja. Ini bagi penggunaan di waktu malam. Penting ketika sedang membesarkan anak-anak. lampu kuning boleh bantu menambah selera ketika makan, menambah suasana romantik dan mengantuk. Ianya memberikan suasana rehat dan warm. Namun disebalik keghairahan membeli dan memiih lampu kuning, jangan dilupa lampu putih. Ada sebuah rumah yang saya lawati, keseluruhan rumahnya menggunakan lampu kuning sehinga si suami mengidap migrain. Lampu putih adalah keperluan. Untuk melihat lebih jelas, kita perlukan lampu putih. Lampu kuning adalah tambahan dan pencetus suasana dan mood yang berlainan. Jadi jika ada extra modal, pasangkan lampu kuning dan lampu putih di setiap ruang! Di pasaran, kini telah ada lampu putih dan kunung dalam satu lampu. Sekali petik ia lampu putih, kali kedua petik ia lampu kuning dan kali ketiga petik ia campuran lampu kinung dan putih.
 .
Upah pemasangan
Jika tidak tahu membuat pemasangan, boleh upah tukang elektrik untuk buat pemasangan lampu dan kipas. Setiap lampu ada casnya. Misal lampu biasa pemasangannya rm20 ringgit. Jika lebih susah pemasangannya, lebih tinggi kos pemasangannya. Apa pun ia kembali kepada budi bicara si pemasang. Jika ingin buat lampu tambahan seperti lampu galeri atau spotlight, perlu membuat sedikit kerja wiring baru di mana ada kerja "hacking" menebuk dinding dan menarik wayer ke lokasi yang diperlukan kemudian plaster semula. Ini akan melibatkan kos dan tenaga. Oleh itu, rancang dengan betul di mana lokasi lampu dan apa kegunaannya. Selamat mencuba!
 .
Diharap panduan ini dapat membantu korang nak pilih lampu :)
.
#scalesworkdesignandbuild

#kontraktorrenovation
.
www.scaleswork.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan