Hai
.
Selamat pagi semua
.
Okayy. pagi nih min nak share sikit mcm mana nak bersihkan jubin yang kotor dan berlumut ?
.
Okay min nak cerita siki pasa jubin lantai nih. Jubin
lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off
yang dapat mencacatkan pemandanagan imej tandas korang. Bukan itu sahajaa,apabila
kehadiran tetamu korang juga akan malu kan ?
.
Disini
kitaorang kongsikan cara yang menarik tanpa perlu guna sebarang sabun. Hanya
guna bahan dapur sahaja.
.
Serbuk penaik ?. untuk
sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki baki shampoo atau debu.
Celupkan spam yang lembap kedalam mangkuk serbuk penaik dan gosokan pada Jubin,
grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti dengan air suam.
Cucian yang ideal boleh dilakukan sekali seminggu untuk dapatkan hasil yang
menarik.
.
Manakala cuka, cuka
yang bersifat asid ini mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan
kulat, cendawan dan bakteria. Campurkan cuka dengan sedikit air kemudian
semburkan saja dengan bancuhan tersebut pada permukaan jubin. Biarkan beberapa
minit selepas semburan kemudian sental dengan berus atau span.
.
Garam juga bole digunakan untuk membersihkan lumut. Garam berkuasa membunuh organisma sel tunggal, seprti kulat dengan cara mengeringkan
mereka. Untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dalam keadaan
yang lembap. Barulah boleh melihat keberkesananya. Untuk jubin lantai atau
permukaan yang rata yang lain, korang boleh lapkan kawasan itu dengan kain yang
lembap dan taburkan garam, sebelum menyental dibahagian yang tertentu.
Diharap
panduan nih dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah jubin rumah
korang yang kotor.