SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Jumaat, Disember 07, 2018

12 perkara sebelum renovate rumah





salam
.
hai korang. Apa kabar, min nak tanya kawan2 blogger min. korang ada tak rumah peninggalan lama. Maksud min rumah yang dah lama tinggal lepas tuh korang nak renovate balik. Kiranya korang nak guna rumah tuh
.
Min nak bercerita sikit mengenai sebelum korang nak renovate rumah tuh. korang perlu cek benda2 penting yang ada di rumah kediaman korang
.
Okay, korang perlu cek bahagian atas sekali, iaitu cek keadaan bumbung. Bumbung merupakan benda yang penting sesebuah rumah. Korang bayangkan, kalau korang dah duduk kat rumah tanpa cek keadaan bumbung. tiba-tiba bumbung bocor dan menganggu keselesaan korang. Okay senang je nak cek bumbung nih.  korang siram air beberapa jam di atas bumbung tuh, lepastuh korang tengok keadaan ceiling. okay ke tak
.
Okay korang jugak mesti cek RC Glutter, manalatahu takut bocor ke.
.
Pendawaian elektrik tak support ? sebab apa ? sebab bertambah keluasan rumah. Keluasan rumah bertambah maka plug penggunaan elektrik pun bertambah. Rumah lama jugak kadang banyak plug yang rosak. So korang kenalah cek betul2 plug mana y rosak tuh
.
Seterusnya, paip air tekanan kurang kuat, sebab tekanan kurang kuat adalah sebab bocor pada paip dan menjadikan saluran air. korang juga kena cek sebaik-baiknya
.
Korang juga kenalah cek tandas korang, terutama sekali pada saluran najis. Punca utama saluran najis tersumbat adalah sebab kerja penambahbaikan sebelum nih kualiti kurang baik. Cuba korang bayangkan, perumahan 100 atau 200 buah rumah dengan serentak diorang buat. bagaimana diorg nak jaga kualiti ?
.
korang jga kena cek floor trap, floorr trap nih yang selalu ada kat dapur, takpun di bilik air. sebab selalu floor trap nih tersumbat . rambut korang jugak .rambu korang kalau berkumpul banyak. then nanti mdah tersumbat floor trap nih
.
Korang juga kena cek tangki air tuh cukup tak, sekali cek air tuh berlumut ke , tak pun cek air tuh berbau tak. korang juga kena cek water heater naik centralise
.
kena cek jugak dinding . kadang ada dinding yang retak. korang juga kena kenalpasti jenis diding tuh rosak. Lantai hollow juga korang kena cek jugak.
.
kadang tetiba ja air di bilik air naik ke dinding. sebab apa kadang air dibawah tanah naik. dan menyebabkan tekanan. air tuh juga mudah masuk ke dinding dan menyebabkan mozek di dinding mudah pecah.
.
Korang juga kena cek. sama ada anai2 tuh ada tak di rumah korang. Anai-anai nih serangga yang merosakkan perabut di rumah. dan juga boleh menyebab banyak kerugian.
.
diharap panduan nih dapat membantu korang sebelum nak renovation rumah korang
.
#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

Rabu, November 07, 2018

Tips Susun Pasu Menjadikan Rumah WOW




Perletakkan sesuatu elemen itu perlu sepadan supaya tidak kelihatan serabut dan akan merosakkan permandangan sedia ada. Kebanyakkan pemilik rumah kediaman cuba melakukan padanan koleksi tanaman berpasu yang terdapat di laman. Tidak semesstinya banyak pasu dan tanaman yang dihimpunkan di satu sudut dapat mencetuskan sesebuah landskap yang indah ?. Okay harini min nak share sikit tips susun pasu yang menjadikan rumah korang jadi WOW !

1.      Pasu memerlukan corak

Tidak semestinya korang perlu membeli pasu dari warna yang sama. Korang juga perlulah mewujudkan kepelbagaian reka bentuk pasu untuk menjadikan laman yang Wow. Tapi , padanan pasu dan jenis tanaman tidak boleh terlalu lari jauh dari asasnya. Berkemungkinan ia akan menjadi laman yang serabut apabila terdapat rona dan reka bentuk pasu atau bunga yang tidak sepadan.

2.      Pelbagaikan saiz pasu

Jika korang tidak yakin dengan padanan warna yang dilakukan atau memang konsep rona tertentu, korang perlu pelbagaikan penggunaan saiz pasu. Saiz tinggi , rendah dan sebagainya akan menjadikan sudut padanan tanaman berpau korang kelihatan pelbagai dan menarik.

3.      Penggunaan Tanaman harus sepadan

Sepadan tidak bermaksud dari jenis tanaman yang biasa. Korang perlu pelbagaikan tekstur dan rona yang bersesuaian dapat mewujudkan sebuah tanaman yang lebih menarik dan tidak membosankan. Jika korang menginginkan tanaman yang berwarna putih kesemuanya, campurkan dengan spesies atau tekstur yang berbeza namun masih mempunyai tema rona yang sama.

4.      Pastikan setiap tanaman berpasu mempunyai fungsi

Selain penyeri laman, pastikan tanaman berpasu yang dimiliki mempunyai fungsi tersendiri. Ini dapat memastikan setiap tanaman berpasu di laman berada di lokasi mengikut keperluannya. Antara fungsi tanaman berpasu adalah untuk membentuk laluan di laman, sebagai tanda aras keselamatan jika terdapat perubahan aras lantai, sebagai visual sempadan dan sebagainya.


Selasa, Oktober 30, 2018

ADA PLAN NAK RENOVATE RUMAH ANDA MENJADI HOTEL?

Sabtu, Oktober 27, 2018

Tips Rumah Sentiasa Kemas Walaupun Ada Anak Kecil.



Ada anak kecil di rumah? Susahnya nak kemas rumah. Ibu-ibu memang faham dengan situasi ni. Lepas kemas bersepah balik. Herm macam mana nak kemas ni. Hah jom baca topik yang kami share ni di bawah
5 Cara Untuk Rumah Anda Sentiasa Kemas Dan Bersih Walaupun Ada Anak Kecil
Susah juga nak ada rumah yang kemas dan rapi bila dah ada anak kecil di dalam rumah. Bukannya apa, selepas kemas dah bersepah kembali rumah dengan segala barang permainan. Mana ada masa nak susun barang dengan rapi, nak layan kerenah anak lagi.
Jangan risau, sebenarnya anda tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Semoga bermanfaat!
.
1. Kemas Katil
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
.

2. Selepas Basuh Baju Terus Lipat

Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
.

3. Jangan Biar Singki Penuh

Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan.
.

4. Pastikan Kaunter Dapur Sentiasa Bersih

Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh.
.
5. Kemas Ruang Tamu Tengah Hari Dan Malam
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.


Khamis, Oktober 18, 2018

5 PERKARA HARUS AMBIL PERHATIAN BILA MEMILIH MEJA MAKAN



Terdapat begitu banyak bentuk dan saiz meja makan di pasaran. Namun yang mana satu menjadi pilihan tepat buat anda? Rupa bentuk meja makan begitu penting bagi memastikan bersesuaian dengan ruang serta konsep sesebuah kediaman. Pemilihan meja makan begitu penting kerana ia merupakan salah satu  perabot utama pada sesebuah kediaman.

5 PERKARA HARUS AMBIL PERHATIAN BILA MEMILIH MEJA MAKAN

1.    Kenal pasti saiz ruang makan terlebih dahulu. Anda mungkin selesa mencongak sahaja mengikut pemerhatian anda, hakikatnya anda perlu mengukur saiz ruang yang ada untuk kesesuaian meja makan yang akan dimuatkan di ruang tersebut. Ukuran meliputi seluruh kawasan ruang tersebut dan meninggalkan sedikit ruang antara 42 inci untuk keselesaan di bahagian ruang makan. Ukuran yang dibuat begitu penting kerana ditakuti meja makan tersebut terlalu besar untuk satu ruang yang agak sempit.
.
2.    Bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar begitu digalakkan. Ini kerana meja tersebut tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang begitu besar untuk menempatkannya. Kehadiran meja ini sesuai untuk kumpulan kecil selain mudah untuk berkomunikasi.
.
3.     Faktor yang paling penting dalam menentukan barangan yang dibeli ialah bajet yang harus dikeluarkan. Jika anda mempunyai bajet yang lebih kecil maka anda mungkin perlu mempunyai kualiti meja makan yang tidak memakan belanja yang begitu besar.
.
4.    Jika ruang makan anda sebahagian dari dapur, anda boleh memilih meja makan yang lebih kasual kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sering digunakan.
.
5.    Bilangan penghuni kediaman harus dititikberatkan bagi membolehkan semua ahli keluarga mendapat tempat di meja makan. Bagi keluarga besar pastinya pemilihan meja makan yang meja besar begitu sesuai kerana tampil selari.

             #ScalesWorkDesignAndBuild
             #renovationID
             #buildwithsatisfied
             www.scaleswork.com

Rabu, Oktober 17, 2018

10 CARA MUDAH UNTUK HINDARI PEMBIAKAN BAKTERIA SALMONELLA DI DALAM KEDIAMAN ANDA.




Apa itu Salmonella ?
Terdapat beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pemakanan dan pencernaan. Menurut WHO, salmonella merupakan penyebab utama keracunan makanan.
Apakah penyebab utama bakteria salmonella ini wujud dalam makanan?
Bakteria salmonella ini biasa membiak dalam daging,ayam ataupun sayur sebagai tempat habitatnya. Ini berpunca daripada makanan tersebut tercemar.
Bagaiamana Cara Mengatasi Jangkitan Salmonella ?
1.     Cuci tangan dengan menggunakan sabun setiap kali selepas
·         Menggunakan bilik air
·         Menggantikan lampin anak
·         Memotong daging atau ayam
·         Membersihkan kotoran  / kandang peliharaan
·         Menyentuh haiwan
2.     Asingkan daging , ayam dan makanan laut dari bahan lain sehingga ia selesai dibersihkan.
3.     Sediakan papan pemotong khas untuk memotong daging. Mankala untuk memotong bahan lain sediakan papan lain
4.     Elak makanan yang telah dimasak dari permukaan yang belum dibersihkan seperti papan pemotong, makanan yang belum diersihkan.
5.     Cuci bersih peralatan dan perkakas dapur terutamanya yang bersentuhan dengan bahan yang masih mentah.
6.     Simpan daging atau ayam di dalam bekas yang tertutup.
7.     Cuci bersih semua bahan termasuk sayur yang memang di makan secara mentah.
8.     Jika terdapat daging,ikan atau sayur yang dihidangkan dalam keadaan mentah  sebagai santapan pastikan ia segar.
9.     Masak makanan sehingga matang untuk membunuh bacteria punca penyakit.
10.         Lakukan pembersihan berkala dengan menggunakan bahan pencegah bakteria.





Isnin, Oktober 15, 2018

5 Tips Memilih Warna di Ruang Kediaman Kecil



Ruang yang kecil, sememangnya sukar untuk menyusun atur barang-barang.
.
Tapi jika kena pada gayanya ruang yang kecil tu akan nampak lebih menarik.
.
So, harini min nak share tip untuk menyusun atur rumah yang kecil supaya tidak nampak terlalu padat
.
1.    Ruang korang terlalu  terhad. Jangan di sekat dengan rona gelap atau terlalu terang sehingga meresahkan diri korang apabila berada di dalamnya
.
2.    Bayangkan dinding korang ibarat kanvas untuk korang meletakkan pelbagai warna dan kemasan. Warna pastel pada katalog sememangnya tidak menyerlah tetapi ia sangat berkesan dalam menjadikan ruang tampak eksklusif, luas dan selesa dipandang
.
3.    Jika korang masih mahukan warna terang, pilih sebuah dinding sebagai feature wall. Manakala yang lain warna yang sama tetapi biasan yang lebih lembut. Korang juga boleh memilih warna yang sama tetapi mungkin untuk feature wall korang memilih
.
4.    Bercakap soal warna, bagi ruang kecil, langsir juga perlulah harmoni dengan rona dinding. Tidak salah jika korang memilih rona sedondon dengan dinding agar ruang tidak terlalu berkecamuk dengan warna dan corak
.
5.    Pilih kelompok warna yang korang mahu. Jika boleh biarlah tidak keterlaluan sehingga korang resah bila berada di dalamnya. Ia juga biarlah tidak terlalu banyak pilihan warna dalam sebuah ruang dan hiaslah dengan berpada-pada. Adakala yang minimum itu merupakan yang terbaik
.
Di harap panduan ini dapat membantu korang dalam menghias kediaman korang supaya lebih cantik