Perletakkan sesuatu elemen itu perlu sepadan supaya
tidak kelihatan serabut dan akan merosakkan permandangan sedia ada. Kebanyakkan
pemilik rumah kediaman cuba melakukan padanan koleksi tanaman berpasu yang
terdapat di laman. Tidak semesstinya banyak pasu dan tanaman yang dihimpunkan
di satu sudut dapat mencetuskan sesebuah landskap yang indah ?. Okay harini min
nak share sikit tips susun pasu yang menjadikan rumah korang jadi WOW !
1.
Pasu
memerlukan corak
Tidak semestinya korang perlu membeli
pasu dari warna yang sama. Korang juga perlulah mewujudkan kepelbagaian reka
bentuk pasu untuk menjadikan laman yang Wow. Tapi , padanan pasu dan jenis
tanaman tidak boleh terlalu lari jauh dari asasnya. Berkemungkinan ia akan
menjadi laman yang serabut apabila terdapat rona dan reka bentuk pasu atau
bunga yang tidak sepadan.
2.
Pelbagaikan
saiz pasu
Jika korang tidak yakin dengan
padanan warna yang dilakukan atau memang konsep rona tertentu, korang perlu
pelbagaikan penggunaan saiz pasu. Saiz tinggi , rendah dan sebagainya akan
menjadikan sudut padanan tanaman berpau korang kelihatan pelbagai dan menarik.
3.
Penggunaan
Tanaman harus sepadan
Sepadan tidak bermaksud dari jenis
tanaman yang biasa. Korang perlu pelbagaikan tekstur dan rona yang bersesuaian
dapat mewujudkan sebuah tanaman yang lebih menarik dan tidak membosankan. Jika
korang menginginkan tanaman yang berwarna putih kesemuanya, campurkan dengan
spesies atau tekstur yang berbeza namun masih mempunyai tema rona yang sama.
4.
Pastikan
setiap tanaman berpasu mempunyai fungsi
Selain penyeri laman, pastikan
tanaman berpasu yang dimiliki mempunyai fungsi tersendiri. Ini dapat memastikan
setiap tanaman berpasu di laman berada di lokasi mengikut keperluannya. Antara
fungsi tanaman berpasu adalah untuk membentuk laluan di laman, sebagai tanda
aras keselamatan jika terdapat perubahan aras lantai, sebagai visual sempadan
dan sebagainya.
#scaleswork
#ScalesWorkDesignAndBuild
#tips&sharing
#renovationID
#buildwithsatisfied
www.scaleswork.com
#ScalesWorkDesignAndBuild
#tips&sharing
#renovationID
#buildwithsatisfied
www.scaleswork.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan