SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Sabtu, Jun 30, 2018

Tips Mudah Urus Dapur




Hai korang 😁
.
Tengah buat apa tuh ? tengah memasak ke cuti-cuti nih ? mesti saudara mara datang rumah kan pada bulan syawal nih. Buat open house cuti-cuti nih
.
Dalam sibuk memasak,mesti dapur korang agak bersepah dan berterabur after berperang kat dapur kan ? Okay. harini min nak share sikit tips-tips urus dapur dengan senang buat korang yang suka memasak
.
Semut? Kalau rumah min memang sentiasa ada semut, cara nak elak semut datang kat gula senang ja. korang ambik 2 @ 3 kuntum bunga cengkih then korang masukkan ke dalam balang gula
.
Bagi korang yang nak mencuci bekas acuan pemukul telur, tepung dan mentega (lebih lebih lagi bekas plastik), bagaimana cara nak buat ? okay korang ambik hampas kelapa dan gosok perkakas ada ada kotoran. Selepas tuh korang cuci bekas tuh macam biasa
.
Cara bersihkan perkakas lain pulak, korang penuhkan air panas kat sinki. Selepas tuh korang letak perkakas kedalam sinki tuh then korang biarkan seketika. Okay, korang akan rasa mudah dicuci kalau guna tip nih
.
Kalau perkakas jenis material perak pulak, korang boleh guna berus gigi dan ubat gigi ketika bersihkannya. Then, korang boleh la bilas sampai menjadi bersinar. Dan akan kelihatan macam baru beli dari kedai
.
Tips lain pulak, korang mestilah mengemas dapur dengan teliti. Misalnya, bila korang tengah bersihkan permukaan dapur, korang mesti terus sapu lantai supaya sisa-sisa makanan atau biskut tak berterabur kat lantai
.
Di harap tips nih dapat membantu korang dengan cara mudah untuk menguruskan dapur. Kepada korang yang gemar masak atau erti kata lain gemar masuk dapur. korang mestilah try tips nih
.
 Kalau korang tengok, tips nih tak susah mana pun. korang cuma perlu praktikkan selalu di rumah
.
Selamat mencuba 😃
.
#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

Tiada ulasan:

Catat Ulasan