Lebih kurang lagi 2 minggu bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Dah start kedengaran pelbagai lagu raya berkumandang di radio. Memang bersemangat betul setiap kali mendengarnya. Kalo kat opis tu, bila dengar lagu raya rasa bersemangat nak kerja sebab tak lama lagi nak cuti. So, kerja-kerja kat opis kena bagi settle cepat agar tak ada masalah kemudian hari.
.
Tetapi dalam sibuk melayan lagu raya tu, bagaimana dengan persiapan raya? Macam mana rumah korang? Dah bersedia untuk panggil tetamu datang di hari raya nanti?
.
Apa yang korang boleh buat dalam masa berbalance tak sampai 15 hari ini, yang pertama tukar cat, then langsir, bantal sofa dan frame gambar. At least tak ada la nampak rumah korang membosankan. Kalo nak tengok catalog cat Jotun boleh KLIK SINI .
.
Nak pilih color cat pun satu hal. Nak-nak kalo ada isu family semua kreatif. Semua nak pilih color mereka. Pemilihan color tak boleh pakai hentam sahaja tetapi perlu diperhatikan dari banyak aspek. Perkara penting dalam pemilihan color adalah keharmonian dalam sesuatu ruang itu.
.
Jika plan nak guna perabot sedia ada, korang boleh main color cat, langsir dan bantal sofa korang. So paling better korang wujudkan satu features wall yg lebih kurang warna sofa jika color sofa korang gelap. Tapi ingat jangan features wall tu belakang sofa korang lak. Sebab features wall biasa warna gelap. Memang tenggelam la color dia. So better kt wall tv korang ke.
.
Nak tambah color lain-lain main kt bantal sofa, gambar atau benda-benda yang senang diubah dan make sure jgn sama dengan color sofa sebab nak timbulkan effect. So main color cat dinding guna la warna soft seperti kuning cair, biru cair dan macam2 lagi bergantung kepada color gelap yang korang pilih utk features wall tadi. Ingat tone color mesti sama.
.
Kalo korang still ketandusan idea, apalagi seperti blog saya sebelum ini gi klik kat PINTEREST aje.
.
Ok diharap artikel ini dapat membantu korang semua mendekorasi ruang tamu korang. Ingat ruang tamu adalah tempat utama tetamu anda.😍😍😍
#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied
by hafizahzahil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan