SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Sabtu, Jun 30, 2018

Tips Mudah Urus Dapur




Hai korang 😁
.
Tengah buat apa tuh ? tengah memasak ke cuti-cuti nih ? mesti saudara mara datang rumah kan pada bulan syawal nih. Buat open house cuti-cuti nih
.
Dalam sibuk memasak,mesti dapur korang agak bersepah dan berterabur after berperang kat dapur kan ? Okay. harini min nak share sikit tips-tips urus dapur dengan senang buat korang yang suka memasak
.
Semut? Kalau rumah min memang sentiasa ada semut, cara nak elak semut datang kat gula senang ja. korang ambik 2 @ 3 kuntum bunga cengkih then korang masukkan ke dalam balang gula
.
Bagi korang yang nak mencuci bekas acuan pemukul telur, tepung dan mentega (lebih lebih lagi bekas plastik), bagaimana cara nak buat ? okay korang ambik hampas kelapa dan gosok perkakas ada ada kotoran. Selepas tuh korang cuci bekas tuh macam biasa
.
Cara bersihkan perkakas lain pulak, korang penuhkan air panas kat sinki. Selepas tuh korang letak perkakas kedalam sinki tuh then korang biarkan seketika. Okay, korang akan rasa mudah dicuci kalau guna tip nih
.
Kalau perkakas jenis material perak pulak, korang boleh guna berus gigi dan ubat gigi ketika bersihkannya. Then, korang boleh la bilas sampai menjadi bersinar. Dan akan kelihatan macam baru beli dari kedai
.
Tips lain pulak, korang mestilah mengemas dapur dengan teliti. Misalnya, bila korang tengah bersihkan permukaan dapur, korang mesti terus sapu lantai supaya sisa-sisa makanan atau biskut tak berterabur kat lantai
.
Di harap tips nih dapat membantu korang dengan cara mudah untuk menguruskan dapur. Kepada korang yang gemar masak atau erti kata lain gemar masuk dapur. korang mestilah try tips nih
.
 Kalau korang tengok, tips nih tak susah mana pun. korang cuma perlu praktikkan selalu di rumah
.
Selamat mencuba 😃
.
#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

Jumaat, Jun 29, 2018

Apa itu "VINYL FlOORING" ?





Hi korang , selamat pagi 😰
.
Apa kabar ? hari min nak tanya korang. Korang tahu tak ape tu “Vinyl Flooring” ? bagi korang yg nak tahu apa tuh vinyl flooring? Okay min nak cite sikit kat korang pasal vinyl flooring nih
.
Vinyl flooring nih untuk cover lantai rumah serta nak cantikkan lantai. kalau korang nak tahu banyak manfaat guna vinyl flooring di rumah korang
.
Vinyl flooring nih mempunyai pelbagai corak menarik, gaya dan warna. Korang boleh pilih design yang mengikut trend terkini. Contohnya, design untuk vinyl flooring ini ada menyerupai batu dan kayu
.
Ok . kalau korang nak tahu vinyl flooring mempunyai permukaan lantai yang halus. Kalau korang pijak di atas permukaan lantai vinyl flooring nih memang sangat selesai berbanding pijak dipermukaan lantai
.
Okay , pemasangannya vinyl flooring lebih fleksibel, sebab merupakan jenis lantai yang lembut. Permukaannya pun kalis air.
.
So korang yang nak ubahsuai ruang kediaman korang. korang boleh la guna vinyl flooring nih. Kalau  nak nampak lebih cantik, kemas dan mewah.

Bagi korang yang nak tukar citarasa. bole lah tukar lantai korang dengan vinyl flooring
.
Di harap artikel nih dapat membantu korang dalam mengubahsuai rumah korang supaya lebih nampak mewah, kemas dan cantik.



#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied



Khamis, Jun 28, 2018

'Roller Blind' Penyeri Rumah




Apa itu roller blind ?  mesti korang nak tahu apa itu roller blind adalah tirai gulung. Roller blind nih digunakan di ruang yang tidak perlu penataan rias yang hebat
.
Harini min nak kongsi sedikit apa tu roller blind?
.
Kalau korang nak tahu, fungsi roller blind  adalah untuk menutup pandangan orang luar dari cahaya supaya tak masuk ke dalam ruang rumah dan lebih kurang macam langsir. Banyak jugala design modern
.
Apa yang paling best sekali dengan roller blind nih material kalis air dan mudah di naikkan atau diturunkan tirainya untuk membuka atau menutup pemandangan luar tingkap.
.
Rasa-rasa roller blind nih sesuai di ruang mana ya? ok min nak cerita sikit ruang mana roller blind paling sesuai.
.
Di ruang dapur ? roller blind sesuai digunakan di dapur. Sebab apa ? sebab tingkap di dapur lebih baik menggunakan bahan kalis air. Ruang nih dianggap kawasan basah.
.
Ok, selain tuh, ruang di dalam bilik jugak sesuai. ? okay sebab ruang nih dapat menyekat cahaya yang tidak diingini sama ada siang mahupun malam. So korang bole la tidur lena tanpa gangguan
.
Ruang pejabat jugak boleh guna roller blind. Boleh dipasang di bilik persidangan dan dapat kurang cahaya matahari
.
Ruang bilik mandi pun okay jugak. Bilik mandi adalah tempat privasi dan kawasan mudah basah Roller blind bole menapis cahaya dan tak nampak bayang-bayang
.
Senang cerita semua ruang kat rumah korang bole pasang roller blind nih 😁😁😁
.
Okay, diharap panduan nih dapat membantu korang nak hias rumah korang lebih cantik dan lebih moden.

#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

Selasa, Jun 26, 2018

RUMAH KEKAL SEJUK TANPA PENYAMAN UDARA.





Nak tahu bagaimana cara sejukkan rumah tanpa penyaman udara ? terdapat beberapa tips yang dapat membantu rumah anda kekal sejuk.

1. Pastikan Tirai/Langsir Sentiasa Tertutup.
Anda tidak perlu menggunakan tirai atau langsir yang mahal untuk menutup tingkap rumah anda. So, Apa yang anda perlu adalah dengan memasang langsir berwarna putih atau neural pada lapisan pertama tingkap. Dengan menutup tirai atau langsir di rumah, anda mampu untuk mengurangkan kemasukan haba dalam rumah.

2. Pasang Lampu Cerah.
Mentol lampu pijar boleh memanaskan bilik dengan ketara. So anda perlu mengantikan lampu mentol standard dengan lampu kecekapan tinggi CFL (lampu pendarfluor padat) atau mentol LED (pemancar cahaya), dan matikan lampu apabila tidak diperlukan.

3. Memasak Dengan Bijak.
Apabila anda memasak di dalam rumah anda perlulah melakukan beberapa perkara ini:
·         - Tutup periuk untuk mengurangkan kelembapan dalaman.
·         - Gunakan julat hud atau kipas ventilasi ketuhar untuk melepaskan udara panas di luar.
·         - Hidupkan ketuhar beberapa minit sebelum makanan dimasak untuk mengurangkan haba ketuhar.
·         - Periksa ketuhar dengan menyalakan cahaya dan melihat melalui kaca, bukannya membuka pintu       ketuhar.

4. Matikan Elektronik.
Komputer, TV, dan elektronik lain akan menghasilkan sedikit haba semasa duduk terbiar. So anda perlulah cabut peranti apabila tidak digunakan.

5. Gunakan Kipas Untuk Penyejukan.
Kipas siling paddle atau kipas mudah alih menggunakan tenaga kurang daripada penghawa dingin, tetapi ia hanya berkesan apabila anda berada di dalam bilik untuk merasai penyejukan, jadi matikannya apabila anda pergi.

6. Kurangkan Penggunaan Air Panas.
Gunakan pemanas air panas pada tetapan suhu yang lebih rendah supaya dapat mengurangkan penghasilan haba. Hidupkan kipas ekzos bilik mandi apabila mandi, dan pastikan ia berjalan selama 20 minit selepas itu, untuk mengeluarkan haba.

7. Rancang Terlebih Dahulu.
Strategi jangka panjang untuk memastikan rumah anda lebih sejuk termasuk:
·         - Tanaman pokok teduh di bahagian selatan dan barat rumah.
·         - Pasang tingkap kaca terlindung dengan salutan rendah E atau tingkap ribut.
·         - Tambah awning ke atas tingkap cerah.
·         -  Memasang penebat loteng tambahan
·         -  Gantikan bumbung sedia ada dengan kayap sejuk atau bumbung berwarna terang

Di harap tips ini dapat membantu anda untuk mengekalkan rumah anda sejuk tanpa penyaman udara.

#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied


Sabtu, Jun 02, 2018

Lagi 2 Minggu Nak Raya, Apa Yang Sempat Nak Buat?




Lebih kurang lagi 2 minggu bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Dah start kedengaran pelbagai lagu raya berkumandang di radio. Memang bersemangat betul setiap kali mendengarnya. Kalo kat opis tu, bila dengar lagu raya rasa bersemangat nak kerja sebab tak lama lagi nak cuti. So, kerja-kerja kat opis kena bagi settle cepat agar tak ada masalah kemudian hari.
.
Tetapi dalam sibuk melayan lagu raya tu, bagaimana dengan persiapan raya? Macam mana rumah korang? Dah bersedia untuk panggil tetamu datang di hari raya nanti?
.
Apa yang korang boleh buat dalam masa berbalance tak sampai 15 hari ini, yang pertama tukar cat, then langsir, bantal sofa dan frame gambar. At least tak ada la nampak rumah korang membosankan. Kalo nak tengok catalog cat Jotun boleh KLIK SINI . 
.
Nak pilih color cat pun satu hal. Nak-nak kalo ada isu family semua kreatif. Semua nak pilih color mereka. Pemilihan color tak boleh pakai hentam sahaja tetapi perlu diperhatikan dari banyak aspek. Perkara penting dalam pemilihan color adalah keharmonian dalam sesuatu ruang itu.
.
Jika plan nak guna perabot sedia ada, korang boleh main color cat, langsir dan bantal sofa korang. So paling better korang wujudkan satu features wall yg lebih kurang warna sofa jika color sofa korang gelap. Tapi ingat jangan features wall tu belakang sofa korang lak. Sebab features wall biasa warna gelap. Memang tenggelam la color dia. So better kt wall tv korang ke.
.
Nak tambah color lain-lain main kt bantal sofa, gambar atau benda-benda yang senang diubah dan make sure jgn sama dengan color sofa sebab nak timbulkan effect.  So main color cat dinding guna la warna soft seperti kuning cair, biru cair dan macam2 lagi bergantung kepada color gelap yang korang pilih utk features wall tadi. Ingat tone color mesti sama.
.
Kalo korang still ketandusan idea, apalagi seperti blog saya sebelum ini gi klik kat PINTEREST aje.
.
Ok diharap artikel ini dapat membantu korang semua mendekorasi ruang tamu korang. Ingat ruang tamu adalah tempat utama tetamu anda.😍😍😍

#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

by hafizahzahil

Who We Are





Kepakaran kami adalah dalam mengubahsuai premis pemilik-pemilik bangunan (Client) dengan bermula dari merekabentuk (Design), perundingan (Consultation) dan pembinaan (Construction) seperti:
1/ Rumah kediaman
Terrace House - extension works for kitchen & porch
Semi-D - extension works for rear & corner
Make Over Bungalow
2/ Premis perniagaan,
3/ Institusi pengajian (Kolej),
4/ Pusat Perubatan,
5/ Masjid dan Surau
6/ Bangunan baru dari mulai kerja (ground treatment) sehingga (superstructures)
Kami juga menawarkan khidmat perundingan (consultant) untuk skop kerja seperti dibawah
1/ Architecture Design
2/ Interior Design
3/ Engineer drawing (Civil & Structural) & (Mechanical & Electrical)
4/ Tender drawing (proses pemilihan kontraktor)
5/ Submission drawing ke pihak berkuasa tempatan (PBT seperti MBPJ, MPK, MPKJ, MBSA, MPSJ etc)
6/ Pemantauan Tapak (Site Supervision)

#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor

#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

by hafizahzahil

Ruang yang Suram Menjadi Ruang yang Eksklusif





Di dalam sesebuah rumah sudah tentu ada      ruang yang membosan kan. Namun amat bahaya jika ruang yang membosankan itu adalah ruang yang menjadi tumpuan para tetamu.
.



Kami di Scaleswork di panggil untuk membantu owner rumah ini untuk memastikan ruang tamu beliau lebih ceria dan eksklusif  untuk menyambut Hari Raya yang akan bakal tiba tak lama lagi.


 .
Kempen ini kami hanya jalankan sempena Bulan Ramadhan dan Syawal kerana masa yang diperuntukkan untuk menyiapkannya tak sampai 3 minggu.
.





Kami sendiri amat berpuas hati dengan hasil kerja kami dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan rumah bagi menyiapkan ruang ini 😇😇😇


.
#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied


by hafizahzahil

Jumaat, Jun 01, 2018

Petanda Kelopak Mata Bergerak





Benarkah manusia boleh menjadi buta hanya kerana asyik menangis? Bidang saintifik moden merumuskan bahawa kesedihan yang mendalam dan mempengaruhi jiwa dapat memberi tekanan pada mata. Lantas, mata akan mengalami kelemahan pandangan sedikit demi sedikit sehingga ada yang membawa kepada kehilangan pandangan sama sekali.


Kajian ilmiah ini mendapati bahawa keadaan jiwa seseorang boleh memberi kesan kepada mata. Memandangkan mata merupakan antara anggota tubuh yang penting, orang Melayu mempunyai banyak firasat tentang pergerakkan pada keliling mata serta penglihatan mata yang berkunang-kunang.

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda. Tetapi sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui keberkesanannya. Hanya yang pasti orang-orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalaman mereka.

Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

by hafizahzahil

Tax Holiday !!




Alhamdullilah hari ini 1 Jun 2018, GST 0% mula dilaksanakan. Apa yang baik nya untuk company kontraktor macam kami?
.
Sungguh berita baik untuk kami kerana kami tak perlu charge client harga extra. Jadi client dapat harga yang sangat memuaskan hati mereka. Tetapi tak lama lagi nk laksanakan SST pulak! Bila dilaksanakan, kami pun tak pasti. So sekarang ni adalah tempoh Tax Holiday. Tiada sebarang tax dikenakan.
.
So sesiapa yg nak renovate rumah cepat-cepat la close waktu ini, supaya kontraktor dapat bajet dan beli barang awal sebelum SST dilaksanakan. 😇😇😇

#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

by hafizahzahil