SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Rabu, November 07, 2018

Tips Susun Pasu Menjadikan Rumah WOW




Perletakkan sesuatu elemen itu perlu sepadan supaya tidak kelihatan serabut dan akan merosakkan permandangan sedia ada. Kebanyakkan pemilik rumah kediaman cuba melakukan padanan koleksi tanaman berpasu yang terdapat di laman. Tidak semesstinya banyak pasu dan tanaman yang dihimpunkan di satu sudut dapat mencetuskan sesebuah landskap yang indah ?. Okay harini min nak share sikit tips susun pasu yang menjadikan rumah korang jadi WOW !

1.      Pasu memerlukan corak

Tidak semestinya korang perlu membeli pasu dari warna yang sama. Korang juga perlulah mewujudkan kepelbagaian reka bentuk pasu untuk menjadikan laman yang Wow. Tapi , padanan pasu dan jenis tanaman tidak boleh terlalu lari jauh dari asasnya. Berkemungkinan ia akan menjadi laman yang serabut apabila terdapat rona dan reka bentuk pasu atau bunga yang tidak sepadan.

2.      Pelbagaikan saiz pasu

Jika korang tidak yakin dengan padanan warna yang dilakukan atau memang konsep rona tertentu, korang perlu pelbagaikan penggunaan saiz pasu. Saiz tinggi , rendah dan sebagainya akan menjadikan sudut padanan tanaman berpau korang kelihatan pelbagai dan menarik.

3.      Penggunaan Tanaman harus sepadan

Sepadan tidak bermaksud dari jenis tanaman yang biasa. Korang perlu pelbagaikan tekstur dan rona yang bersesuaian dapat mewujudkan sebuah tanaman yang lebih menarik dan tidak membosankan. Jika korang menginginkan tanaman yang berwarna putih kesemuanya, campurkan dengan spesies atau tekstur yang berbeza namun masih mempunyai tema rona yang sama.

4.      Pastikan setiap tanaman berpasu mempunyai fungsi

Selain penyeri laman, pastikan tanaman berpasu yang dimiliki mempunyai fungsi tersendiri. Ini dapat memastikan setiap tanaman berpasu di laman berada di lokasi mengikut keperluannya. Antara fungsi tanaman berpasu adalah untuk membentuk laluan di laman, sebagai tanda aras keselamatan jika terdapat perubahan aras lantai, sebagai visual sempadan dan sebagainya.