SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Rabu, Mei 30, 2018

3 Kesilapan Utama Yang Merugikan Pemilik Rumah



Pada zaman yang serba moden ini, terdapat banyak jenis rumah yang terdapat di pasaran. Tidak kira lama atau baru sesebuah rumah itu, keinginan pemilik rumah untuk mengubahsuai rumah mereka amat tinggi nak-nak apabila mereka mempunyai bajet yang mencukupi.
.
Keadaan ini membuatkan kebanyakkan pemilik rumah tidak berpuas hati dengan hasil ubahsuai sehingga menyalahkan kontraktor kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.
.
Sebenarnya sebelum pemilik rumah membuat keputusan untuk memulakan kerja-kerja ubahsuai, pemilik rumah perlu memastikan 3 perkara ini dilakukan agar proses ubahsuai berjalan dengan baik.
.
1. Perancangan Awal
- Perancangan awal amat penting sebelum hire kontraktor atau memulakan kerja iaitu seperti sejauh mana kerja ubahsuai perlu dilakukan dengan bajet yang ada. Pastikan setiap ubahsuai mempunyai fungsi agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Jika bajet masih belum mencukupi, disarankan agar menangguhkan dulu kerja-kerja ubahsuai agar tiada pembaziran atau penyesalan berlaku.

2. Design & Drawing
- Kebanyakkan pemilik rumah takut nak spend untuk buat design dan drawing. Takut untuk spend duit lebih sebab rasa tak perlu dan rasa idea sendiri lebih baik dari mana-mana designer. Kesannya apabila terdapat perkara yang tak puas hati tak ada hitam putih. Kebiasaan semua kontraktor bergantung kepada drawing apabila menjalankan kerja-kerja di site. Drawing yang telah dipersetujui oleh client dan kontraktor adalah menjadi perantaraan apabila terdapat perbalahan.

3. Pemilihan Kontraktor yang Betul 
- Kami sendiri selalu di datangi pemilik rumah yang terdesak. Maksud terdesak kerana kontraktor sebelum ini telah lari. Apabila kami soal selidik ini kerana pemilik rumah terlalu ingin nak berjimat sehingga berurusan dengan kontraktor tidak berdaftar atau dengan kata lain pekerja-pekerja asing  yang ingin menjadi kontraktor dan tidak mempunyai syarikat. Kami sendiri dalam industri construction dan renovation lebih dari 10 tahun dan dah masak sangat berurusan dengan pekerja-pekerja asing. Kesan yang paling pasti kepuasan ubahsuai tidak akan sampai seperti yang diingini kerana kepakaran setiap orang berbeza.

Inilah diantara 3 perkara yang perlu diketahui oleh setiap pemilik rumah yang ingin ubahsuai rumah mereka. ðŸ˜ŠðŸ˜Š


#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

by hafizahzahil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan