SCALESWORK

Build with Satisfied

Responsive Ads Here

Rabu, Mei 30, 2018

Teringin Nak Renovate Rumah Tapi Tak Ada Idea!


Sebelum anda nak renovate rumah disarankan anda study serba sedikit apa yang anda inginkan. Dari pengalaman kami, kebanyakkan client tak tahu apa yang diinginkan dan ini sedikit sebanyak melambatkan proses design dan renovation. Bagaimana anda nk kenal atau tahu apa yang anda ingin kan?
.
Pada zaman teknologi sekarang terlalu banyak tempat boleh kita mencari idea atau ilham. Salah satunya seperti applikasi PINTEREST yang dapat membantu anda mencari idea dan secara tidak langsung kami boleh ketahui konsep apa yang anda inginkan. 
.
Selain itu, anda boleh menggunakan applikasi GOOGLE, IKEA dan banyak lagi aplikasi untuk mencari idea.
.
Anda boleh mula mengumpul gambar-gambar yang anda suka supaya menyenangkan lagi urusan design dan ubahsuai nanti. ðŸ˜‰ðŸ˜‰


#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

by hafizahzahil




3 Kesilapan Utama Yang Merugikan Pemilik Rumah



Pada zaman yang serba moden ini, terdapat banyak jenis rumah yang terdapat di pasaran. Tidak kira lama atau baru sesebuah rumah itu, keinginan pemilik rumah untuk mengubahsuai rumah mereka amat tinggi nak-nak apabila mereka mempunyai bajet yang mencukupi.
.
Keadaan ini membuatkan kebanyakkan pemilik rumah tidak berpuas hati dengan hasil ubahsuai sehingga menyalahkan kontraktor kerana tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.
.
Sebenarnya sebelum pemilik rumah membuat keputusan untuk memulakan kerja-kerja ubahsuai, pemilik rumah perlu memastikan 3 perkara ini dilakukan agar proses ubahsuai berjalan dengan baik.
.
1. Perancangan Awal
- Perancangan awal amat penting sebelum hire kontraktor atau memulakan kerja iaitu seperti sejauh mana kerja ubahsuai perlu dilakukan dengan bajet yang ada. Pastikan setiap ubahsuai mempunyai fungsi agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat. Jika bajet masih belum mencukupi, disarankan agar menangguhkan dulu kerja-kerja ubahsuai agar tiada pembaziran atau penyesalan berlaku.

2. Design & Drawing
- Kebanyakkan pemilik rumah takut nak spend untuk buat design dan drawing. Takut untuk spend duit lebih sebab rasa tak perlu dan rasa idea sendiri lebih baik dari mana-mana designer. Kesannya apabila terdapat perkara yang tak puas hati tak ada hitam putih. Kebiasaan semua kontraktor bergantung kepada drawing apabila menjalankan kerja-kerja di site. Drawing yang telah dipersetujui oleh client dan kontraktor adalah menjadi perantaraan apabila terdapat perbalahan.

3. Pemilihan Kontraktor yang Betul 
- Kami sendiri selalu di datangi pemilik rumah yang terdesak. Maksud terdesak kerana kontraktor sebelum ini telah lari. Apabila kami soal selidik ini kerana pemilik rumah terlalu ingin nak berjimat sehingga berurusan dengan kontraktor tidak berdaftar atau dengan kata lain pekerja-pekerja asing  yang ingin menjadi kontraktor dan tidak mempunyai syarikat. Kami sendiri dalam industri construction dan renovation lebih dari 10 tahun dan dah masak sangat berurusan dengan pekerja-pekerja asing. Kesan yang paling pasti kepuasan ubahsuai tidak akan sampai seperti yang diingini kerana kepakaran setiap orang berbeza.

Inilah diantara 3 perkara yang perlu diketahui oleh setiap pemilik rumah yang ingin ubahsuai rumah mereka. ðŸ˜ŠðŸ˜Š


#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

by hafizahzahil

Selasa, Mei 29, 2018

Rekaan Bumbung Rumah







Bumbung adalah antara element penting yang perlu kita titik berat ketika pembinaan rumah.
.
Sebab kita kene fikirkan impak penerimaan hujan dan haba pada bumbung.
.
Perlu diingatkan bahawa fungsi bumbung adalah untuk pelindungan haba dan dapat mengalirkan air hujan dengan cepat.
.
So, macam mana nak pilih bumbung yang elok dan bersesuai dengan iklim cuaca di Malaysia.
.
Kalau nak tahu tunggu posting kami yang seterusnya.
.
#scalesworkdesignandbuild
#constructionrenovationcontractor
#kontraktorubahsuai
#buildwithsatisfied

by hafizahzahil